MALAYSIA PLAY HEARTBREAKER
November 1, 2014Panel Pemantau PSM cari lebih ramai pemain berkualiti di STL Kedah
November 20, 2014KUALA TERENGGANU (18 NOVEMBER 2014): Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menutup tirai saingan SepakTakraw League (STL) edisi Timur dengan cukup bergaya apabila tiga regu mereka menamatkan aksi Pusingan Kedua STL di kedudukan tiga teratas.
ATM ‘F’ muncul juara dengan menewaskan ATM ‘D’ untuk mengiringi juara pusingan pertama, Mazatech ‘A’ beraksi di pusingan Grand Finals seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 manakala ATM ‘E’ mengesahkan satu slot di pusingan play-off menjadi milik mereka setelah memenangi perlawanan penentuan tempat ketiga.
Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Negeri, kedua-dua regu mengetepikan sentimen ‘rakan sepasukan’ apabila menampilkan aksi sengit berkualiti yang berlanjutan ke set penentuan.
Regu ATM ‘F’ yang dibarisi Nazmi Najib, Shakirin Nasir dan Muhaimi Che Bongsu menang set pertama 21-19, namun ATM ‘D’ yang diwakili ‘feeder’ kebangsaan, Arif Mohamad, Noorazwari Ishak dan Adwad Ahmad bangkit menang set kedua 21-14 sebelum ATM ‘F’ mengesahkan kejuaraan menerusi kemenangan 21-16 di set penentuan .
Pada perlawanan penentuan tempat ketiga, ATM ‘E’ menewaskan Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK) ‘D’ dengan keputusan 21-15, 21-19.
Kecemerlangan ditunjukkan kesemua regu ATM bimbingan Aswadi Abdullah, menutup kecewa kekalahan regu ATM ‘A’ yang tewas kepada Mazatech ‘A’ pada perlawanan akhir pusingan pertama 14 November lalu dan Aswadi mengintai kecemerlangan berterusan dari pemainnya.
“Kami gembira untuk menjadi antara dua johan terawal yang layak ke Grand Final, pemain-pemain menunjukkan komitmen dan kualiti mereka tetapi kami tidak akan berhenti di sini. Kita sudah pun melihat jauh ke depan untuk persiapkan pasukan untuk menghadapi play-off dan Grand Final pada Januari. Kita juga akan terus memberi cabaran di sirkit Kedah, Johor dan Melaka.
Tambahnya, “Kami tidak memandang mudah saingan STL ini, kerana ini antara platform yang kita lihat sebagai persiapan terbaik untuk menghadapi Piala Emas Khir Johari 2015.”
Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia, Dato’ Ahmad Ismail, yang sekali lagi turun padang untuk menyaksikan perlawanan akhir, sebelum ini melaungkan keyakinan betapa penganjuran dua pusingan pertama di Terengganu secara jayanya ini bakal menjadi penanda aras untuk penganjuran STL yang lebih mencabar selepas ini.
STL 2014/2015 yang membuka tirai pada 13 November lalu, menyaksikan dua pusingan berlangsung di Kuala Terengganu dengan 16 regu mengambil bahagian pada setiap pusingan.
Mazatech ‘A’ yang diwakili dua pemain kebangsaan, Izurin Refin dan Kamal Alfiza Shafie serta pemain sepak takraw negeri, Muzhaffar Zamir muncul juara pusingan pertama STL apabila mengetepikan tentangan ATM ‘A’ dengan keputusan 21-15, 21-19 pada perlawanan akhir.
Selepas ini, STL akan berlangsung dua pusingan di Kedah pada (22, 23, 29 dan 30 November) diikuti Johor (13, 14, 20 dan 21 Disember) dan Melaka (27 & 28 Disember, 3 & 4 Januari) sebelum berlangsungnya pusingan Grand Finals pada Januari 2015.
Lapan pasukan yang muncul johan setiap pusingan mara secara automatik ke pusingan Grand Finals manakala 8 pasukan yang menamatkan saingan sebagai naib johan serta pemenang tempat ketiga masing-masing akan layak beraksi di pusingan play-off bagi merebut baki slot beraksi di Grand Finals.
Keputusan Pusingan Pertama :
AKHIR : MAZATECH ‘A’ mng ATM ‘A’ 2-0 (21-15, 21-19)
TEMPAT KETIGA : ATM ‘C’ mng GASTAK ‘B’ 2-1 (14-21, 21-15, 21-19)
Keputusan Pusingan Kedua:
AKHIR : ATM ‘F’ mng ATM ‘D’ 2-1 (21-19, 14-21, 21-16)
TEMPAT KETIGA : ATM ‘E’ mng GASTAK ‘D’ 2-0 (21-15, 21-19)
JADUAL
Kedah – (Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar; 22-23 Nov & 29-30 Nov).
Johor – (Stadium Tertutup Pasir Gudang; 13-14 Dis & 20-21 Dis).
Melaka – (Stadium Majlis Perbandaran Melaka, Bukit Seringit; 27-28 Dis, 2014 & 3-4 Jan, 2015).
Grand Final – (Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur; 10-11 Jan & 17-18 Jan, 2015).
Dikeluarkan oleh Shekhinah PR bagi pihak Asia Sports Ventures.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Christopher Raj
chris@shekhinah.my
012 – 2161881