YANG DI-PERTUAN AGONG RASMIKAN KEJOHANAN KARATE ASIA KE-19
July 21, 2023MAKAF TERIMA DANA GPS RM1 JUTA
July 22, 2023MELAKA (21 Julai): Dua atlet karate negara, S. Prem Kumar dan Zakiah Adnan menceriakan kem Malaysia apabila menyumbang pingat gangsa pada hari pertama Kejohanan Karate Asia Edisi ke-19 yang berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.
Bagi Prem Kumar keinginannya untuk memperbaiki pencapaian di Uzbekistan tahun lalu tidak kesampaian sebaliknya berpuashati meraih gangsa dalam acara Kumite lelaki 55 kilogram (kg).
Atlet berusia 29 tahun itu tewas 14-5 kepada Behnam Dehghanzadeh dari Iran.
Keputusan itu sekali gus mengulangi pencapaiannya pada edisi lalu di Uzbekistan, Disember tahun lalu.
Sementara itu, Zakiah berusia 20 tahun melakar kejutan pada penampilan keduanya dalam saingan berprestij ini apabila meraih gangsa dalam acara Kumite Wanita bawah 61kg.
Dia tidak berdepan masalah apabila dapat menewaskan Chow Hei Wood dari Hong Kong selepas mengharungi pusingan repechage.
Bagaimanapun nasib tidak memihak kepada dua atlet negara yang lain iaitu S. Sharmin Chandran dan S. Geerijaieswaran Pillai apabila terkandas seawal pusingan pertama pada aksi sebelah pagi.
Pada kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, seramai 388 atlet daripada 32 negara bertanding termasuk Jepun selaku juara bertahan.
Sebanyak 17 kategori dipertandingkan iaitu 11 kategori individu lelaki dan wanita dalam acara Kata dan Kumite mengikut kelas berat masing-masing dan enam kategori berpasukan Kata dan Kumite lelaki dan wanita.
Dikeluarkan oleh ShekhinahPR bagi pihak Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF). Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:-
Christopher Raj
ShekhinahPR / 012-216 1881
chris@shekhinah.my
Zulkarnain
ShekhinahPR / 011-1182 6523
zulkarnain@shekhinah.my