PREM KUMAR, ZAKIAH CERIAKAN KEM MALAYSIA
July 22, 2023IRAN EMERGES AS THE TRAILBLAZER IN THE 19TH ASIAN KARATE CHAMPIONSHIP
July 22, 2023MELAKA (21 Julai): Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) menerima peruntukan berjumlah RM1 juta menerusi dana Geran Padanan Sukan (GPS) di sini hari ini.
Mengumumkan perkara tersebut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, KBS telah meluluskan permohonan MAKAF ekoran kejayaan menganjurkan Kejohanan Karate Asia ke-19 dan Kejohanan Karate Para ke-2 berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) yang berlangsung hari ini hingga Ahad.
Menurutnya, bukan sahaja MAKAF malah beberapa persatuan sukan yang lain boleh memohon geran GPS berjumlah RM40 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 yang lalu.
“Dana ini bertujuan untuk membantu persatuan sukan menganjurkan sebarang kejohanan sama ada di peringkat ASEAN, Asia atau dunia.
“Secara tidak lansung dana ini juga dapat membantu mana-mana atlet untuk memperbaiki ranking mereka di peringkat antarabangsa,” ujarnya kepada pemberita pada Kejohanan Karate Asia ke-19 dan Kejohanan Para Karate Asia edisi ke-2 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.
Majlis perasmian telah disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut hadir Presiden Persekutuan Karate Sedunia (WKF) Antonio Espinos, Presiden Persekutuan Karate Asia (AKF)Mej Jen Nasser Alrazooqi dan Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) Datuk Nur Azmi Ahmad.
Sementara itu Azmi berkata, dana yang diterima daripada KBS itu akan digunakan sepenuhnya untuk membangunkan sukan karate.
“Kita akan ikut prosedur operasi standard (SOP) untuk menggunakan peruntukan ini selepas berakhirnya kejohanan ini,” ujarnya.
Katanya, dana itu juga akan digunakan untuk menganjurkan lebih banyak kejohanan lain.
Dikeluarkan oleh ShekhinahPR bagi pihak Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF). Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:-
Christopher Raj
ShekhinahPR / 012-216 1881
chris@shekhinah.my
Zulkarnain
ShekhinahPR / 011-1182 6523
zulkarnain@shekhinah.my