Goh Jin Wei ke pusingan kedua Terbuka Malaysia 2019
April 3, 2019Never-say-die Kian Meng-Pei Jing storm into q-finals
April 4, 2019Pasangan profesional Peng Soon-Liu Ying turut mara
KUALA LUMPUR (4 April 2019): Pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing terus mengibarkan perjuangan dalam saingan Celcom Axiata Terbuka Malaysia 2019 setelah melepasi pusingan kedua di Axiata Arena tadi.Kian Meng-Pei Jing bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk mengatasi pasangan dari India, Pranaav Jerry Chopra-Reddy N. Sikki dengan keputusan 15-21 21-17 21-13.
Lai Pei Jing berkata, “Saya rasa pada aksi hari ini, saya tidak bermain dengan bagus namun mujurlah Kian Meng berjaya membantu dan pada set kedua dan ketiga, baru saya berjaya mendapat semula rentak.
“Walaupun kami tewas set pertama, namun kami berdua tidak putus asa dan hanya memberikan yang terbaik sehingga kemenangan memihak kami,”kata Pei Jing.
Kian Meng pula berkata, “Saya mahu menang perlawanan ini, jadi kemahuan itu melonjakkan semangat saya dan pasangan untuk terus berjuang dalam aksi tadi. Saya tidak boleh katakan ini aksi terbaik kami namun permainan kami semakin meningkat dan mengharapkan untuk terus konsisten,”ujar Kian Meng kepada media.
Menanti Kian Meng-Pei Jing di suku akhir esok adalah Tontowi Ahmad-Winny Oktavina Kandow dari Indonesia.
Selain Kian Meng dan Pei Jing, turut melangkah ke pusingan suku akhir esok adalah satu lagi beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying. Mereka menewaskan pasangan Indonesia, Ricky Karandasuwardi-Pia Zebadiah Bernadet 21-13 21-14 dan akan bertemu pilihan kedua kejohanan dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping.
Pemain-pemain negara yang terkandas di pusingan kedua tadi adalah pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei, beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, beregu lelaki profesional, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen serta Goh V Shem-Tan Wee Kiong selepas tewas kepada lawan masing-masing.
Satu lagi pasangan beregu campuran negara Goh Soon Huat- Shevon Jemie Lai pula terpaksa menarik diri daripada beraksi setelah Soon Huat mengalami masalah kesihatan pagi tadi.
Mengulas mengenai penarikan diri pasangan itu, Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann berkata, “Memang satu berita yang kurang bagus untuk Soon Huat kerana selepas sesi latihan pagi ini, dia berasa tidak sihat dan berasa pening-pening. Selepas pemeriksaan daripada doktor, dia dinasihatkan supaya tidak beraksi dan perlu berehat.”
“Bagaimanapun, berita baik juga kerana keadaan tersebut bukan berkaitan sejarah kesihatan lalu yang dialami pemain itu,”kata Choong Hann.
Celcom Axiata Terbuka Malaysia 2019 berlangsung dari 2-7 April 2019 di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC) menawarkan wang tunai keseluruhan berjumlah USD 700,000.00.
Tiket dijual dengan lima kategori tempat duduk iaitu premium, lower, upper, VIP dan Superfan (untuk peminat merasai suasana yang lebih unik serta pengalaman lebih dekat dengan pemain, akses ke hospitaliti eksklusif Axiata Arena, poster rasmi yang ditandatangani pemain kebangsaan dan mendapat buku program). Ia boleh dibeli melalui laman sesawang http://www.myticket.asia dan di talian (+603-86050195) atau juga dibeli terus di venue semasa kejohanan ini berlangsung.
Keputusan pemain Malaysia yang beraksi hari ini (Pusingan kedua):
XD TAN Kian Meng-LAI Pei Jing mng Pranaav Jerry CHOPRA-REDDY N. Sikki (India) 15-21 21-17 21-13
XD CHAN Peng Soon-GOH Liu Ying mng Ricky KARANDASUWARDI-Pia Zebadiah BERNADET (Indonesia) 21-13 21-14
MD Mohammad AHSAN-Hendra SETIAWAN (Indonesia) mng CHOOI Kah Ming-LOW Juan Shen 21-18 21-12
WS Pornpawee CHOCHUWONG (Thailand) mng GOH Jin Wei 21-16 12-21 21-10
XD Dechapol PUAVARANUKROH-Sapsiree TAERATTANACHAI (Thailand) mng GOH Soon Huat-LAI Shevon Jemie WALKOVER
MD Takeshi KAMURA-Keigo SONODA (Jepun) mng GOH V Shem-TAN Wee Kiong 10-21 21-13 21-9
MD HAN Chengkai-ZHOU Haodong (China) mng ONG Yew Sin-TEO Ee Yi 21-17 21-19
MD Takuro HOKI-Yugo KOBAYASHI (Jepun) mng Aaron CHIA-SOH Wooi Yik 21-9 21-16