
Malaysia Memukau di Suku Akhir PMM 2019
January 18, 2019
Jin Wei finally come of age on the international stage
January 18, 2019
KUALA LUMPUR (18 Januari 2019): Enam wakil Malaysia daripada empat acara bakal membuat perhitungan dalam peringkat separuh akhir Perodua Malaysia Masters (PMM) 2019 di Axiata Arena, esok.
Mereka adalah Goh Jin Wei dalam perseorangan wanita, Liew Daren (profesional) dalam perseorangan lelaki, Aaron Chia- Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin- Teo Ee Yi, Goh V Shem- Tan Wee Kiong (profesional) dalam beregu lelaki dan juga Chan Peng Soon- Goh Liu Ying (profesional) dalam beregu campuran.Dalam aksi tadi, pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei melakar satu lagi kejutan besar di Axiata Arena apabila menumpaskan pemain ranking ke-7 dunia dari China, He Bingjiao untuk menempah tiket ke aksi empat terakhir PMM.
Goh Jin Wei yang turun selaku pemain bukan pilihan berjaya mendominasi perlawanan untuk menang straight 21-15 21-16 ke atas He Bingjiao.
Ditemui selepas tamat perlawanan, Jin Wei berkata, “Selaku underdog saya terus memberi tekanan kepada pihak lawan supaya dia mahu cepat mematikan bulu tangkis. Saya rasa bertuah mara hingga ke separuh akhir. Lagipun saya dapat sokongan padu daripada penyokong yang banyak membantu,”kata Jin Wei.
Ditanya mengenai pertemuan yang juga getir bertemu juara bertahan kejohanan dari Thailand, Ratchanok Intanon esok, Jin Wei berkata,
“Saya tidak berfikir tentang kejohanan tahun lepas walaupun berjaya mencuri satu set kemenangan semasa Malaysia Masters.
“Saya hanya akan berjuang tanpa memikirkan apa-apa. Lagipun dia adalah bekas juara dunia, saya boleh belajar daripadanya.”ujar Jin Wei.
Pasangan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin- Teo Ee Yi turut mengisi slot separuh akhir PMM 2019 selepas menundukkan pasangan nombor 3 dunia dari Jepun, Takeshi Kamura- Keigo Sonoda 21-19 21-16. Yew Sin- Ee Yi bakal bertemu rakan senegara, Aaron Chia- Soh Wooi Yik.
Aksi lain dalam separuh akhir esok menyaksikan Goh V Shem- Tan Wee Kiong bertemu gandingan nombor satu dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon¬ Sanjaya Sukamuljo, sementara Chan Peng Soon- Goh Liu Ying pula menentang pasangan Jepun, Yuta Watanabe- Arisa Higashino dan Liew Daren melawan pemain Korea Selatan, Son Wan Ho.
Saingan PMM 2019 sedang berlangsung bermula dari 15 hingga 20 Januari 2019. Tiket boleh didapati menerusi pembelian atas talian di laman sesawang https://myticket.asia/ serta boleh membelinya secara fizikal semasa hari perlawanan di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC).
Harga tiket adalah bermula dari RM18 hingga RM75 mengikut kategori tempat duduk (upper, lower dan premium). Kanak-kanak berusia 4-18 tahun pula boleh menikmati diskaun harga tiket sehingga 50% hingga ke suku akhir kejohanan (Premium dan Lower Tier) dan diskaun hingga ke peringkat akhir (untuk tempat duduk Upper Tier). Terdapat juga pas VIP serta pas bermusim yang turut dibuka untuk pembelian.
Berstatus Jelajah Dunia BWF Super 500, Perodua Malaysia Masters 2019 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak US$350,000.
Keputusan Penuh PMM 2019 Hari ini (Malaysia sahaja)
ONG Yew Sin- TEO Ee Yi mng Takeshi KAMURA- Keigo SONODA (Jepun) 21-19 21-16
GOH Jin Wei mng HE Bingjiao (China) 21-15 21-16
CHAN Peng Soon- GOH Liu Ying mng GOH Soon Huat- LAI Shevon Jemie 22-20 22-20
LIEW Daren mng SHI Yuqi (China) 21-12 16-21 21-11
Aaron CHIA- SOH Wooi Yik mng Kim ASTRUP- Anders Skaarup RASMUSSEN (Denmark) 21-17 21-19
GOH V Shem- TAN Wee Kiong mng Hiroyuki ENDO- Yuta WATANABE (Jepun) 22-20 21-15
Viktor AXELSEN (Denmark) mng LEE Zii Jia 21-12 22-20
Jadual Separuh Akhir PMM 2019 Esok (Malaysia sahaja)
(separuh akhir bermula 12pm)
XD-Yuta WATANABE- Arisa HIGASHINO (Jepun) lwn CHAN Peng Soon- GOH Liu Ying
MS- SON Wan Ho (Korea) lwn LIEW Daren
WS- Ratchanok INTANON (Thailand) lwn GOH Jin Wei
MD- Marcus Fernaldi GIDEON- Sanjaya SUKAMULJO (Indonesia) lwn GOH V Shem- TAN Wee Kiong
MD- Aaron CHIA- SOH Wooi Yik lwn ONG Yew Sin- TEO Ee Yi