Another win for BU Dragons BC
December 22, 2016SSPL 2016/17: KB Puchong United Atasi KB Kepong Dalam Aksi Sengit
December 23, 2016KUALA LUMPUR (22 Disember, 2016): Kelab Badminton (KB) Bandar Utama Dragons semakin mengukuhkan cengkaman dalam SS Purple League (SSPL) 2016/17 selepas mengutip kemenangan ketiga berturut-turut apabila menewaskan KB Muar 11-7 sebentar tadi.
Dalam kategori perseorangan lelaki, Zulfadli Zulkiffli terlebih dahulu mengutip mata buat pasukannya, KB Muar. Pemain muda negara itu menang 11-5, 11-4, 9-11, 3-2 (3-1) dalam 30 minit tempoh yang ditetapkan untuk mengatasi pemain KB Bandar Utama Dragons, Chan Yan Kit.
Selepas itu dalam kategori perseorangan wanita, pemain wanita nombor satu negara, Goh Jin Wei kembali menyamakan kedudukan buat KB Bandar Utama Dragons. Pemain muda berbakat itu berjaya menang ke atas Sonia Cheah dengan keputusan 11-8, 7-11, 11-8, 9-6 (3-1) sekaligus menyamakan kedudukan kepada 4-4.
Pemain beregu lelaki, Chooi Kah Ming/Tan Wee Kiong mula meletakkan KB Bandar Utama Dragons di depan selepas itu apabila mereka menewaskan beregu KB Muar, Hoo Thien How/ Tan Boon Heong dengan keputusan 11-7, 11-8, 11-8 (3-0).
Dalam beregu campuran, gandingan KB Bandar Utama Dragons, Goh Soon Huat/ Lai Pei Jing terus menunjukkan aksi agresif untuk mengejutkan pasangan KB Muar, Chan Peng Soon/ Lee Meng Yean dengan pungutan mata 11-7, 6-11, 11-3, 8-5 (3-1).
Pemain perseorangan lelaki KB Muar, Lee Hyun Il berjaya mengatasi Wei Nan dalam kategori terakhir dengan keputusan 11-6, 7-11, 10-6 (2-1). Namun kemenangan Lee Hyun Il sudah terlambat dan gagal menghalang kemenangan mutlak pasukan KB Bandar Utama Dragons dalam pertarungan menarik itu.
Jurulatih KB Bandar Utama Dragons, Tan Bin Shen nyata gembira dengan kemenangan pasukannya. Dia berkata, “Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan rentak pasukan KB Bandar Utama Dragons dengan tiga kemenangan setakat ini. Saya harap pemain-pemain saya seperti Goh Jin Wei, Tan Wee Kiong dan keseluruhan pasukan akan terus membantu pasukan meraih kemenangan.
“Menentang KB Ampang Jaya selepas ini, saya sudah pasti mengharapkan komitmen serupa daripada semua pemain untuk mencapai sasaran layak ke saingan kalah mati SSPL nanti,” tambah Bin Shen.
Saingan peringkat liga round robin SSPL sedang berlangsung di Gem In Mall, Cyberjaya dari 12 hingga 31 Disember dan di Stadium Badminton Cheras pada 2 hingga 8 Januari. Seterusnya peringkat kalah mati enam pasukan terbaik liga ini akan berlangsung dari 9 hingga 12 Februari di Arena of Stars, Genting Highlands. Tiket boleh didapati secara online melalui laman web ticketcharge.com.my dan boleh dibeli terus di venue pertandingan.
Keputusan penuh:
KB Muar kalah kepada KB Bandar Utama Dragons 7-11
MS2: Zulfadli Zulkiffli kalahkan Chan Yan Kit 3-1 (11-5, 11-4, 9-11, 3-2)
WS: Sonia Cheah kalah kepada Goh Jin Wei 1-3 (8-11, 11-7, 8-11, 6-9)
MD: Hoon Thien How-Tan Boon Heong kalah kepada Chooi Kah Ming-Tan Wee Kiong 0-3 (7-11, 8-11, 8-11)
XD: Chan Peng Soon-Lee Meng Yean kalah kepada Goh Soon Huat-Lai Pei Jing 1-3 (7-11, 11-6, 3-11, 5-8)
MS1: Lee Hyun Il kalahkan Wei Nan 2-1 (11-6, 7-11, 10-9)