Christopher Raj dilantik Pengurus Media Piala Dunia B-17 | Flash Sukan
November 3, 2023CHRISTOPHER RAJ DILANTIK PENGURUS MEDIA PIALA DUNIA B-17 | BERNAMA
November 3, 2023PETALING JAYA – Christopher Raj bukan nama asing dalam dunia bola sepak terutamanya industri perhubungan awam, operasi media serta penyiaran dan kini beliau diberi kepercayaan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila dilantik sebagai Pengurus Media pada Piala Dunia B-17 (bawah 17 tahun) di Indonesia yang akan berlangsung dari 5 November sehingga 2 Disember 2023.
Pelantikan itu menjadikan Christopher sebagai rakyat Malaysia kedua bertugas di pusingan akhir Piala Dunia, selepas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul yang bertugas di venue akhir Piala Dunia Jerman 2006, sekali gus mengikut jejak langkah guru beliau.
Sebagai pengurus media, Christopher diberi tanggungjawab di Stadium Menahan Solo dalam memastikan persiapan operasi media berjalan lancar sehingga perlawanan akhir nanti.
Sebanyak 14 perlawanan akan diadakan di Stadium Menahan termasuk aksi perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 2 Disember depan.
Tiga lagi stadium yang akan menyaksikan aksi pemain muda bertaraf dunia dari seluruh benua ialah Stadium Gelora Bung Tomo di Surabaya, Jakarta International Stadium di Jakarta dan Stadium Si Jalak Harupat di Bandung.
Christopher berpengalaman hampir 20 tahun dalam kerjaya bola sepak selain pernah bertugas dalam beberapa kejohanan antarabangsa seperti Piala Dunia Rusia 2018 dan Piala Dunia Qatar 2022.
Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Media AFC. – KOSMO! ONLINE
Sumber: KOSMO
https://luminews.my/news/1721283
Christopher dilantik Pengurus Media Piala Dunia B-17 di Indonesia