Man Wei Chong, Tee Kai Wun diumum Duta Besar NCT Alliance
November 3, 2023Christopher dilantik Pengurus Media Piala Dunia B-17 di Indonesia | KOSMO
November 3, 2023CHRISTOPHER Raj satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia bola sepak dalam industri perhubungan awam, operasi media dan penyiaran diberi kepercayaan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila dilantik sebagai Pengurus Media di Piala Dunia Bawah 17 di Indonesia yang akan berlangsung dari 5 November sehingga 2 Disember 2023.
Sebagai pengurus media Christopher diberi tanggungjawab di Stadium Manahan Solo dalam memastikan persiapan operasi media berjalan dengan lancar sehingga di perlawanan akhir nanti.
Sebanyak 14 perlawanan akan diadakan di Stadium Menahan termasuk aksi perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 2 Disember ini.
Tiga lagi stadium yang akan melihat aksi pemain muda bertaraf dunia dari seluruh benua ialah Stadium Gelora Bung Tomo di Surabaya, Jakarta International Stadium di Jakarta dan Stadium Si Jalak Harupat di Bandung.
Christopher berpengalaman hampir 20 tahun kerjaya dalam bola sepak selain pernah bertugas dalam beberapa kejohanan antarabangsa seperti Piala Dunia Rusia 2018 dan Piala Dunia Qatar 2022.
Selain itu dia turut diberi kepercayaan di Piala Dunia B-17 India 2017, Piala Asia di Australia 2015, Piala Asia di UAE 2019, Piala Emas CONCACAF Amerika 2019, Liga Juara-Juara Asia 2021 dan 2022.
Christopher juga merupakan Ahli Jawatankuasa Media AFC.
Sumber: Flash Sukan