AEON Credit memeterai perjanjian dengan Malaysia Purple League
September 3, 2019Bagan BC rules the roost in Division 3 ACPLJ2019
September 8, 2019KUALA LUMPUR (05 SEPTEMBER 2019): Skuad hoki lelaki kebangsaan bakal menjadikan Korea Selatan sebagai destinasi terakhir untuk mereka melakukan persiapan menjelang Perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 di mana Malaysian Tigers akan terbang ke Korea Selatan pada 19 September dan kembali ke Malaysia pada 29 September 2019.Seramai 20 pemain dipilih untuk mengikuti aksi ujian yang telah dirangka itu di mana Malaysia akan menjalani empat perlawanan ujian bertemu pasukan kebangsaan Korea Selatan dan 10 pemain yang tidak berada di dalam senarai tersebut akan terus menjalani program latihan yang telah diatur buat mereka seperti biasa di Kuala Lumpur.
Empat perlawanan ujian itu akan turut dijadikan sebagai kayu pengukur oleh Jurulatih Kebangsaan, Roelant Oltmans, bagi meneliti siapakah pemain yang mungkin akan berada di dalam senarai utama 18 pemain bagi menghadapi misi penting iaitu Kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
“Kami merancang untuk mengadakan empat perlawanan bertemu pasukan kebangsaan Korea Selatan dan perlawanan tersebut bukan hanya perlawanan ujian semata-mata kerana ia adalah perlawanan persediaan kami menuju ke aksi Kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
“Minggu hadapan kami akan mengetahui siapakah lawan yang akan kami temui di aksi Kelayakan tersebut dan bermula dari situ setiap perancangan yang dilakukan adalah tertumpu kepada persediaan bagi pertemuan dengan lawan kami itu nanti.
“Seramai 20 pemain dibawa ke Korea Selatan dan selepas pulang daripada Korea Selatan kami akan memberikan tumpuan untuk melakukan pemilihan 18 pemain terbaik untuk aksi Kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan senarai 18 pemain itu juga mungkin datangnya daripada 20 pemain yang mengikuti aksi di Korea Selatan ini,” jelas Roelant.
Malaysia hanya akan mengetahui siapakah lawan yang menanti mereka di Kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Isnin depan (9 September 2019) selepas Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) melakukan proses undian di mana perlawanan pusingan kelayakan itu dijadualkan berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober dan dari 1 hingga 3 November tetapi jadual sebenar perlawanan akan disahkan selepas tamat proses undian pada Isnin depan.
Berikut merupakan senarai 20 pemain yang akan ke Korea Selatan bagi mengharungi perlawanan ujian yang juga persediaan ke aksi Kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020:
Penjaga Gol:
Kumar Subramaniam
Muhammad Zaimi Mat Deris
Pertahanan:
Mohamad Sukri Abdul Mutalib
Muhammad Razie Abd Rahim
Faiz Helmi Jali
Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan
Muhammad Najib Abu Hassan
Pertahanan/Pemain Tengah:
Nabil Fiqri Mohd Noor
Mohamad Ashran Hamsani
Joel Samuel van Huizen
Muhammad Marhan Mohd Jalil
Pemain Tengah:
Mohd Fitri Saari
Meor Muhamad Azuan Hasan
Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi
Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal
Penyerang:
Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil
Faizal Saari
Norsyafiq Sumantri
Muhammad Shahril Saabah
Muhammad Noor Firdaus Rosdi