AEON Credit comes on board the Purple League train
September 3, 2019Malaysian Tigers Lakukan Persiapan Terakhir Di Korea Selatan
September 5, 2019Bantu rancakkan program pembangunan akar umbi dan gaya hidup sihat
KUALA LUMPUR (3 SEPTEMBER 2019): Kerancakkan media sosial dan e-Sukan telah menjadikan aktiviti harian dan interaksi di antara masyarakat semakin pudar sehingga menjadikan mereka tidak lagi mengamalkan gaya hidup sihat khususnya dalam kalangan generasi muda.Mengambil kira situasi itu, AEON Credit Service (M) Sdn Bhd telah berganding bahu bersama Malaysia Purple League (MPL), sebuah entiti yang telah memperkenalkan liga profesional badminton pertama negara, melancarkan AEON Credit Purple League Junior 2019 (ACPLJ2019) di Pasaraya AEON BiG, Mid Valley siang tadi.
Liga badminton junior yang telah memasuki edisi kelima penganjurannya ini akan menjadi pentas terbaik buat pemain muda negara untuk menyinar dan mengasah lagi bakat mereka apabila berpeluang berentap dengan pemain-pemain bertaraf dunia seusia mereka.
Pertandingan ini juga akan membantu pasukan pencari bakat dan jurulatih mengenal pasti pemain-pemain yang berpotensi untuk diketengahkan selain merupakan sebahagian daripada program pembangunan sosial oleh AEON Credit yang menekankan kepentingan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Selepas mengambil kira kepentingan program pembangunan bakat muda, ACPLJ 2019 akan menjadi pertandingan utama untuk Purple League tahun ini kerana penganjuran liga utama Purple League direhatkan untuk edisi tahun ini bagi memberi peluang kepada para pemain profesional mengutip seberapa banyak mata untuk kelayakan Olimpik Tokyo 2020.
Para peminat juga bakal disajikan dengan aksi-aksi memukau daripada bakal jaguh dunia kerana pentas Purple League Junior telah melahirkan pemain-pemain yang menjadi prospek negara seperti Goh Jin Wei, Lee Zii Jia dan pemain kebangsaan yang lain.
“Kami di AEON sangat teruja untuk menjadi rakan strategik kepada MPL kerana berpeluang untuk menyediakan pentas terbaik untuk pemain-pemain muda mempamerkan bakat mereka.” kata Encik Yuro Kisaka, Pengarah Urusan AEON Credit semasa majlis pelancaran ACPLJ2019 siang tadi.
Di dalam majlis yang sama juga telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara AEON Credit dan MPL bagi menzahirkan komitmen jangka masa panjang kedua-dua belah pihak di dalam menjalankan program pembangunan badminton di Malaysia.
Encik Yuro turut menjelaskan tentang kepentingan program pembangunan bakat dan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan generasi muda. Beliau menambah, “Bakat muda adalah aset yang sangat bernilai di dalam semua industri dan mereka perlu dipelihara supaya mereka akan menjadi generasi yang berguna. Kami percaya melalui AEON Credit Purple League Junior ini, kita dapat membantu generasi muda mencapai potensi mereka dan ia adalah pentas terbaik buat mereka memulakan karier sebagai pemain badminton profesional.
Juara divisyen 1 musim lalu, Bukit Cheras BC akan turun selaku juara bertahan dan akan berdepan cabaran daripada Ampang Jaya BC, Petaling BC, Rawang BC serta pendatang baru Amanjaya BC dan Kuantan Synergy BC.
Edisi ACPLJ2019 turut mendapat sambutan yang menggalakkan apabila sebanyak enam pasukan baharu akan berentap di dalam divisyen tiga bagi merebut slot ke dua divisyen teratas.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Purple League, Dato’ Jack Koh berkata “Saban tahun kita telah menerima banyak permintaan untuk menambah slot pasukan dan kita merasakan ini adalah masanya untuk kita menyediakan platform kepada pemain muda untuk menyerlahkan bakat mereka. Dengan kehadiran beberapa pasukan dan divisyen baharu, sudah pasti kelompok pemain juga akan bertambah sekaligus dapat membantu pasukan pencari bakat dan jurulatih memilih pemain yang berbakat.”
Beliau menambah “Selepas enam tahun kita berusaha menjadikan badminton (di dalam negara) meriah melalui penganjuran Purple League, saya berbangga kerana ramai pihak baik daripada kerajaan mahupun sektor swasta telah menyokong usaha kita di dalam program pembangunan badminton.”
“Malah, Menteri Belia dan Sukan turut mengiktiraf sumbangan pihak swasta di dalam pembangunan badminton dan mengalu-alukan mereka yang ingin membantu inisiatif ini.”
ACPLJ2019 akan membuka tirai pada 7 – 8 September di Sports Arena Falim Ipoh manakala pusingan akhir dijadualkan pada 19 – 20 Oktober di Sports Arena Sentosa.