![](https://shekhinah.my/wp-content/uploads/2019/04/email1554095571313.jpg)
Too close to call in Celcom Axiata Malaysia Open 2019
March 31, 2019![](https://shekhinah.my/wp-content/uploads/2019/04/LFC-World-KL-Web-Homepage-850x512.jpg)
LFC World ready to thrill Reds’ fans in KL
April 2, 2019![](https://shekhinah.my/wp-content/uploads/2019/04/LFC-World-KL-Web-Homepage-850x512.jpg)
Pelbagai aktiviti lain turun disusun bersama tiga legenda kelab ini
KUALA LUMPUR (2 April 2019): Selain hab LFC World yang dibawakan oleh Standard Chartered akan menjadi tumpuan peminat Liverpool FC di pusat beli-belah One Utama, Centre Court pada 20-21 April nanti, pelbagai lagi aktiviti disusun sempena kedatangan legenda pasukan terkemuka Eropah itu ke negara ini.Antara wira-wira The Reds yang bakal berada di ibu negara adalah seperti Jason McAteer, Sami Hyypia dan juga Steve McManaman.
Sepanjang berada di Kuala Lumpur, beberapa aktiviti menarik dan berfaedah yang dirancang bersama legenda-legenda Liverpool itu seperti program berteraskan budaya tempatan di negara ini serta pelbagai lagi.
Selain itu, klinik bola sepak yang bakal memberikan peluang kepada pemain-pemain cilik menimba ilmu bersama legenda-legenda Liverpool juga bakal diadakan sempena kedatangan mereka bertiga. Tiga klinik bola sepak yang dihadiri legenda ini dijadualkan berlangsung di Padang@1U pada 20 dan 21 April.
Kemuncak kedatangan mereka adalah aktiviti di hab LFC World pada Sabtu dan Ahad (20 dan 21 April) yang bakal membolehkan peminat-peminat Liverpool merasai sendiri suasana seolah-olah berada di Anfield.
Sami Hyypia berkata, “Bagi Reds yang tinggal di Malaysia, LFC World Kuala Lumpur sememangnya lokasi yang terbaik dan bersesuaian untuk para peminat bergaul dan berhimpun.”
“Kami juga mengambil tahu bahawa sesetengah para peminat tidak akan dapat mengunjungi Anfield, jadi inilah cara kami membawakan Anfield lebih dekat kepada peminat Reds. Kami tidak sabar menemui peminat LFC di Malaysia pada hujung minggu yang akan datang. Hujung minggu tersebut kelak menjadi pertemuan yang menakjubkan untuk semua yang hadir,”kata legenda Liverpool itu.
Selain itu, Reds juga dapat menikmati suasana yang hampir sama Anfield melalui salah satu sesi Viewing Party yang melibatkan perlawananan antara LFC dengan Cardiff City. Sesi tersebut dapat dihadiri pada Ahad, 21 April 2019, di hab LFC World tersebut. Aktiviti di atas pentas bersama legenda LFC juga akan berlangsung bersempena sesi tersebut pada 11 malam.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Standard Chartered Malaysia, Encik Abrar A. Anwar berkata, “Liverpool adalah salah satu kelab bolasepak yang terkenal di dunia dan mempunyai bilangan penyokong besar yang merentasi pasaran sasaran kami yang termasuk Malaysia. Kami berbangga untuk bekerjasama dengan mereka.”
“Kami amat teruja untuk menyediakan pelbagai faedah kepada penyokong pasukan Liverpool seperti peluang bertemu pemain legenda, pemberian cenderahati dan juga tiket perlawanan ke Anfield kepada komuniti, klien dan kakitangan Standard Chartered serta peminat Liverpool. Tambahan pula, para peminat yang mendaftar untuk kad kredit Standard Chartered edisi Liverpool FC sebelum 30 April 2019 akan layak diberikan pulangan tunai sebanyak dua kali ganda pada bulan Mei 2019,” katanya.
Peminat juga dapat menyertai pelbagai pertandingan dan berpeluang merebut pelbagai hadiah sebelum waktu LFC World berlangsung termasuk peluang berjumpa legenda-legenda LFC dan memenangi hadiah yang paling bernilai iaitu sesi pelancongan ke Anfield yang ditaja oleh Standard Chartered. Pada masa yang sama, maklumat lanjut berkenaan bagaimana untuk menebus tiket percuma ke Viewing Party akan dimaklumkan.
Maklumat lanjut berkenaan LFC World yang dibawakan oleh Standard Chartered dapat diperoleh melalui https://www.liverpoolfc.com/lfcworld/Kualalumpur