LFC World ready to thrill Reds’ fans in KL
April 2, 2019Kian Meng-Pei Jing stun world No. 3, Watanabe-Higashino
April 2, 2019KUALA LUMPUR (2 April 2019): Pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng- Lai Pei Jing membuka tirai pusingan pertama saingan badminton Celcom Axiata Terbuka Malaysia 2019 penuh sensasi di Axiata Arena, sebentar tadi.Kian Meng-Pei Jing yang berada di ranking ke-37 dunia turun menghadapi lawan sukar dari Jepun, Yuta Watanabe- Arisa Higashino, berjaya mempamerkan aksi mantap untuk menyingkirkan gandingan ranking ke-3 dunia yang juga naib juara All England 2019 dengan keputusan 21-16, 21-15.
Mengulas mengenai persembahan bertenaga yang dipamerkan mereka sebentar tadi, Pei Jing berkata,
“Ini adalah kemenangan pertama untuk tahun 2019. Saya rasa dalam perlawanan tadi kami telah melakukan yang terbaik sehingga berjaya mendapatkan kemenangan tersebut.”
“Kami pernah bertemu dua tahun lalu dan berjaya memenangi perlawanan. Selepas itu, mereka berjaya muncul juara All England pada tahun 2018, dalam pertemuan kali ini, saya begitu teruja untuk berjumpa mereka sekali lagi untuk melihat sejauh mana tahap permainan mereka ketika ini. Saya begitu terkejut dengan kemenangan dua set kami hari ini,” katanya.
“Dengan kemenangan hari ini, sudah pasti ianya akan melonjakkan lagi semangat kami. Kita memang memerlukan aura kemenangan kerana sebelum ini kebanyakan yang kami tewas adalah menerusi rubber game. Kita akan terus bersedia untuk aksi seterusnya,” tambah Pei Jing.
Dalam pada itu, Kian Meng berkata kemenangan ini melegakannya. Dia berkata, “Menang hari ini memang agak gembira kerana ianya kemenangan pertama untuk tahun 2019, tambahan pula kami beraksi di halaman sendiri. Paling penting adalah kami memerlukan sokongan padu penyokong badminton negara.”
“Kemenangan hari ini bukan kami berdua sahaja terkejut. Ianya adalah terhasil daripada sokongan semua pihak,”ujar Kian Meng.
Selain mereka, antara pemain negara yang berjaya melepasi pusingan pertama Terbuka Malaysia 2019 tadi adalah gandingan profesional, Chooi Kah Meng- Low Juan Shen.
Esok masih berlangsung perlawanan pusingan pertama bagi saingan ini. Beberapa lagi pemain negara akan turun berentap seperti Lee Zii Jia, Goh Jin
Wei, Aaron Chia- Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin- Teo Ee Yi serta beberapa lagi pemain.
Celcom Axiata Terbuka Malaysia 2019 akan berlangsung dari 2-7 April 2019 di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC) menawarkan wang tunai keseluruhan berjumlah USD 700,000.00.
Tiket dijual dengan lima kategori tempat duduk iaitu premium, lower, upper, VIP dan Superfan (untuk peminat merasai suasana yang lebih unik serta pengalaman lebih dekat dengan pemain, akses ke hospitaliti eksklusif Axiata Arena, poster rasmi yang ditandatangani pemain kebangsaan dan mendapat buku program). Ia boleh dibeli melalui laman sesawang http://www.myticket.asia dan di talian (+603-86050195) atau juga dibeli terus di venue semasa kejohanan ini berlangsung.
Keputusan pemain Malaysia yang beraksi hari ini (Pusingan pertama):
WD Chayanit CHALADCHALAM- Phataimas MUENWONG (Thailand) mng Vivian HOO- YAP Cheng Wen 22-20 16-21 21-19
MD CHOOI Kah Ming- LOW Juan Shen mng HE Jiting- TAN Qiang (China) 21-18 24-22
MS Kantaphon WANGCHAROEN (Thailand) mng Liew Daren 21-10 21-15
WS Akane YAMAGUCHI (Jepun) mng Soniia CHEAH 21-16 21-17
XD TAN Kian Meng- LAI Pei Jing mng Yuta WATANABE- Arisa HIGASHINO (Jepun) 21-16 21-15
XD Marcus ELLIS- Lauren SMITH (England) mng CHEN Tang Jie- PECK Yen Wei 21-15 21-13
XD CHAN Peng Soon- GOH Liu Ying lwn Kohei GONDO- Ayane KURIHARA (Jepun)- berlansung nanti
MD GOH V Shem- TAN Wee Kiong lwn Tinn ISRIYANET- Kittisak NAMDASH (Thailand)- berlangsung nanti
MD Mohamad Arif Ab Latif ARIF- Nur Mohd Azriyn Ayub AZRIYN lwn LIU Cheng- ZHANG Nan (China)- berlangsung nanti