TNB LHM 2019: Kedudukan Tiga Teratas Liga Berubah
January 27, 2019TNB LHM 2019: UniKL Rampas Tahta Liga
February 1, 2019Perjalanan TNB Liga Hoki Malaysia (Wanita) 2019 kini berada di pertengahan dan aksi yang berlangsung hari ini menyaksikan pendahulu liga, Terengganu Ladies Hockey Team (TLHT) terus mengukuhkan kedudukan mereka di puncak liga selepas mencatat kemenangan 7-0 ke atas PSHA-MSSPP pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.Kemenangan 5-1 yang diraih PDRM Blue Warriors ke atas Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI) juga berjaya untuk memastikan mereka kekal di kedudukan kedua dengan 18 mata sementara Liaoning Infinite Space Hc (LISHC) yang bangkit mengikat PKS Uniten 1-1 pada pertemuan yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil membantu mereka untuk kekal di kedudukan ketiga dengan 16 mata dan PKS Uniten di tangga keempat.
Bertandang ke Stadium USM Pulau Pinang, TLHT yang turun selaku pasukan pilihan membuka tirai gol pada minit kesembilan hasil jaringan padang Nur Syuhada Suhaimi sebelum satu lagi gol padang dijaringkan pada minit ke-18 menerusi Jaswinder Kaur yang turut menutup aksi separuh masa pertama dengan TLHT di hadapan 2-0.
Bersambung separuh masa kedua, TLHT terus menerus meledak gol bermula dengan Jaswinder Kaur menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-40 dan enam minit kemudian giliran Man Meet Kaur untuk menyumbang gol keempat TLHT.
Sepuluh minit terakhir perlawanan TLHT berjaya untuk menambah tiga lagi gol di mana pada minit ke-49, Wan Norfaiezah Md Saiuti mencatat nama selaku penjaring dan Juliani Mohamad Din turut tidak melepaskan peluang menyumbang gol pada minit ke-53 dan minit ke-58, Norfaiezah Md Saiuti sekali lagi menggunakan peluang yang dimiliki untuk menjaringkan gol yang sekaligus menutup pertemuan dengan PSHA-MSSPP dengan kemenangan 7-0 yang juga merupakan kemenangan ketujuh berturut-turut TLHT.
Menerima kunjungan SSTMI di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur, Fatin Naimah Zaki berjaya meletakkan PDRM Blue Warriors di hadapan pada minit ke-10 menerusi gerakan padang namun jaringan tersebut tidak bertahan lama apabila SSTMI kembali bangkit mengikat kedudukan 1-1 seminit kemudian hasil gol padang Nor Shafiqha Ishak.
Gerakan untuk melancarkan serangan terus disusun PDRM Blue Warriors dan minit ke-20, Noor Hasliza Md Ali kembali meletakkan PDRM Blue Warriors di hadapan selain Siti Zulaikha Husain juga muncul selaku penyumbang gol pada aksi separuh masa pertama apabila memanafaatkan kelebihan pukulan sudut penalti pada minit ke-30 dan menyaksikan PDRM Blue Warriors selesa 3-1 di hadapan.
Dua lagi gol PDRM Blue Warriors terhasil pada suku ketiga dan keempat menerusi Fazilla Sylverster Silin pada minit ke-33 dan Nur Afiqah Syahzani Azhar melengkapkan kemenangan 5-1 PDRM Blue Warriors pada minit ke-47 dan kedua-duanya hasil jaringan padang.
Sementara LISHC dan PKS Uniten yang bertemu di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil terikat seri 1-1 selepas jaringan Raja Norsharina Raja Shabuddin pada minit ke-24 menerusi pukulan sudut penalti dapat dikejar semula Sui Qiaomeng seminit sebelum perlawanan berakhir yang menyaksikan LISHC dapat menarik nafas lega apabila berjaya mencuri satu mata daripada perlawanan tersebut.
Aksi liga wanita akan terus bersambung Khamis, 31 Januari 2018 pada jam 5.00 petang dengan TLHT akan menerima kunjungan SSTMI di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu, PDRM Blue Warriors pula akan menentang KL Wipers di Stadium Hoki Tun Razak , Kuala Lumpur dan PKS Uniten akan berkunjung ke Stadium Hoki USM bertemu PSHA-MSSPP.