
TNB MHL 2019 : PKS Uniten, TLHT dan Blue Warriors Raih Tiga Mata Pertama
January 11, 2019
Serdang BC reignite hopes for Genting
January 12, 2019
KUALA TERENGGANU (11 JANUARI 2019) : Kejayaan Kelab Hoki Terengganu (THT) menewaskan UniKL 3-1 dalam penetuan shoot-out selepas aksi 60 minit berkesudahan seri 2-2, mengangkat THT selaku juara Piala Sumbangsih 2019 yang berlangsung di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu sekaligus menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata bagi saingan TNB Liga Hoki Malaysia 2019.Tiga jaringan shoot-out pasukan THT hasil sumbangan Faizal Saari, Jang Jonghyun dan Mohd Fitri Saari sementara gol tunggal UniKL pada penentuan shoot-out dijaringkan oleh Rafizul Ezry Mustafa.
Dalam aksi 60 minit, THT berjaya untuk membuka tirai jaringan seawal minit kedua apabila kelebihan pukulan sudut penalti yang dimiliki berjaya untuk digunakan dengan sebaiknya oleh Faizal Saari yang melakukan satu flik terus di sebelah bawah kiri pintu gol UniKL untuk menewaskan penjaga gol UniKL, Adrian Andy Albert.
Beberapa saat sebelum aksi suku pertama berakhir, THT sekali lagi dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti dan kali ini pemain import Korea Selatan mereka, Jang Jonghyun bijak menggunakan kelebihan tersebut untuk THT terus berada di hadapan 2-0 menerusi satu flik terus mencari sudut atas sebelah kanan pintu gol UniKL.
UniKL cuba untuk bangkit mengejar kedudukan pada suku kedua dengan melakukan beberapa percubaan dan akhirnya sebelum aksi separuh masa pertama tamat, UniKL mendapat pukulan sudut penalti pertama dan Muhammad Razie Abdul Rahim tidak mempersiakan kesempatan yang dimiliki untuk menjadikan kedudukan 1-2 menerusi flik terus disudut bawah kiri pintu gol THT sekaligus menutup aksi separuh masa pertama.
Lima minit selepas aksi suku ketiga bermula, UniKL dihadiahakan dengan pukulan sudut penalti dan Razie Rahim sekali lagi bertindak cemerlang menyudahkan kelebihan tersebut dengan melakukan satu flik dan tertewas penjaga gol THT, Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri sekali lagi.
Minit ke-55 THT dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti ketiga namun kali ini flik yang dilakukan Jang Jonghyun berjaya ditampan oleh Mohamad Sukri Abdul Mutalib dan THT terlepas peluang terbaik untuk kembali berada di hadapan.
Dua minit kemudian UniKL turut memiliki peluang untuk berada di hadapan apabila aksi kelam kabut di hadapan pintu gol THT ketika Hazrul Faiz menyelamatkan percubaan Muhammad Marhan Mohd Jalil namun tindakan susulan daripada pemain UniKL buntu untuk menemui penyudahan dan kedudukan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.
Semperna perlawanan merebut Piala Sumbangsih, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menyumbangkan RM 5,000 kepada Rumah Ehsan Dungun.