ShekhinahPR-backed Rawang BC shooting for the big one in PLJ2018
October 6, 2018Zurich Malaysia’s ‘Eat Right to Play Right’ Youth Cup 2018
October 8, 2018Kempen Sukan Olimpik Remaja 2018 bagi acara hoki 5 sebelah dibuka dengan cukup cemerlang oleh skuad muda negara apabila tidak berdepan masalah untuk membelasah lawan mereka di peringkat kumpulan A, Vanuatu 14-0 pada aksi yang berlangsung hari ini di Padang Hoki, Taman Olimpik Buenos Aires, Argentina.
Perlawanan yang menggunakan format permainan 10 minit untuk setiap separuh masa itu menyaksikan skuad negara tidak menunggu lama untuk membolosi pintu gawang lawan apabila penjaring terbanyak untuk perlawanan pertama, Mohamad Akhimullah Anuar Esook yang meledak tujuh gol cemerlang menyumbangkan gol pertama negara pada minit keempat.
Akhimullah menjaringkan gol pada minit ke-4, 6’ 8’ 14’15 dan dua pada minit ke-20 sementara Muhammad Noor Firdauz Rosdi menyumbang dua gol pada minit ke-6 dan 18 diikuti Muhammad Muhibuddin Moharam yang turut menyumbang dua gol pada minit ke-11 dan 12.
Tiga lagi gol skuad muda negara diledak oleh Syarman Mat Tee, Muhammad Amirul Hamizan Azahar dan Muhammad Arif Syafie Ishak masing-masing pada minit ke-9, 13 dan 18 untuk melengkapkan keseluruhan 14 gol yang terhasil hari ini.
Skuad negara akan turun untuk perlawanan seterusnya bagi kumpulan A pada Selasa (9 Oktober) jam 4.00 pagi waktu Malaysia dan akan turun sekali lagi pada jam 10.45 malam untuk aksi ketiga pada hari yang sama.