Blue Warriors Bangkit Juarai Piala Vivian May Soars 2018
March 2, 2018PSAS 2018: Jangan Beri Argentina Pukulan Sudut Penalti – Hairi Rahman
March 3, 2018Malaysian Tigers memulakan kempen Piala Sultan Azlan Shah 2018 dengan langkah kanan apabila membelasah Ireland 4-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak, hari ini.
Kapten negara, Muhammad Razie Abdul Rahim membuka tirai jaringan negara menerusi satu gerakan solo yang cantik pada minit keempat untuk memberikan kegembiraan kepada penyokong yang berada di stadium.
Jaringan skuad negara tidak terhenti setakat itu apabila giliran Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil untuk terus meletakkan Malaysia di hadapan pada minit kesembilan apabila Tengku bijak untuk menggunakan situasi kelam kabut dihadapan pintu gol Ireland untuk meledak gol.
Enam minit sebelum aksi separuh masa pertama tamat, Razie sekali lagi mencatat nama selaku penjaring kali ini menerusi pukulan sudut penalti dan keputusan 3-0 membawa kedua-dua pasukan ke bilik persalinan.
Bersambung aksi separuh masa kedua Malaysia nyaris menggandakan jaringan seminit selepas perlawanan bermula namun pelaung yang terhidang gagal untuk dimanafaatkan.
Bagaimanapun seminit sebelum aksi suku ketiga berakhir, Razie meledak hatrik pada perlawanan malam ini dan Malaysia terus selesa di hadapan.
Ireland berjaya untuk memperolehi gol saguhati pada perlawanan pertama menerusi jaringan Kirk Shimmins pada minit ke-53 untuk mengubah kedudukan 4-1 dan keputusan tersebut kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
Selain meledak hatrik pada perlawanan pertama kapten negara, Razie juga turut dinobatka selaku pemain terbaik perlawanan menentang Ireland.
Malaysia akan turun pada aksi kedua esok, (4 Mac 2018) pada jam 8.30 malam bertemu dengan pasukan yang berada di ranking pertama dunia, Australia.