PMM 2018: Jin Wei Ready to Take Malaysia Women’s Singles to Greater Heights
January 9, 2018Yew Sin-Ee Yi to Assert Their Dominance in PMM2018
January 11, 2018Twitter pada hari ini telah mengumumkan jalinan dengan SportsFix, satu-satunya dan platform OTT yang pertama di ASEAN menyiarkan secara LANGSUNG serta VOD kandungan sukan melalui peranti mudah alih, untuk strim secara langsung Piala Super Boost SportsFix (@SportsFixTV).
Tweet: https://twitter.com/SportsfixTV/status/950928569093431297
Kandungan siaran langsung di twitter tersebut boleh di log in dan log keluar secara bebas oleh pengguna Twitter melalui @SportsFixTV dan juga melalui peranti-peranti global yang berkaitan. Peminat bola sepak boleh mengikuti kemaskini semasa mengenai perlawanan dengan mengikuti hashtag: #BSFSupercup dan juga #SportsFix .
Jadual perlawanan:
13 Januari 2018 (Sabtu), 8pm waktu Malaysia: Ratchaburi FC lwn Persija Jakarta (#RATvPER)
16 Januari 2018 (Selasa), 8pm waktu Malaysia: Kelantan FA lwn Persija Jakarta (KELvPER, #TRWFC, #GomoKelateGomo)
20 Januari 2018 (Sabtu), 8pm waktu Malaysia: Kelantan FA lwn Ratchaburi (#KELvRAT, #TRWFC, #GomoKelateGomo)
Nota** Semua perlawanan adalah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Bandar Sukan KL (KLSC), Setiap pasukan akan bermain sekali sahaja, dengan jumlah tiga perlawanan semuanya. (menggunapakai Format Round Robin)
Tiga pasukan Asia Tenggara akan bersaing di Stadium Nasional Bukit Jalil, Bandar Sukan KL (KLSC) pada 13-20 Januari ini untuk saingan pra-musim dalam Piala Super Boost SportsFix. Tiga kelab profesional tersebut adalah- Kelantan FA (Malaysia), Persija Jakarta (Indonesia), dan juga Ratchaburi (Thailand). Kejohanan ini adalah antara kejohanan bola sepak besar yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas ia telah diubahsuai untuk temasya Sukan SEA ke-29 lalu.
“Pemain bola sepak dan hashtag berkaitan kelab bola sepak di Asia Tenggara serta global adalah perbincangan mengenai sukan yang paling banyak diperkatakan pada tahun 2017, jadi kami tahu topik mengenai bola sepak adalah antara yang terhangat dibincangkan di Twitter. Kolaborasi ini adalah satu cara terbaik bagi mendekatkan lagi hubungan antara penyokong bola sepak di serantau dimana mereka telah menggunakan Twitter sebagai sumber mendapatkan maklumat,” kata Maurizo Barbieri, Ketua Perkongsian Sukan Asia Tenggara, Twitter. “Melalui kerjasama dengan penyiar terkemuka seperti SportsFix, kami berharap dapat menyiarkan video siaran langsung bola sepak yang terbaik serta dapat berinteraksi bersama mengenainya di Twitter.
“Saya telah bekerja dengan baik di Twitter sebelum ini, dan saya teruja dengan jalinan ini dalam membawakan penstriman dan siaran langsung sesuatu acara menerusi platform strim yang inovatif di Twitter, bermula dengan Piala Super Boost SportsFix nanti,” kata Carl Kirchhoff (@CarlKir), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), SportsFix. “Twitter dan siaran langsung secara strim ini adalah satu kombinasi yang terbaik untuk kita meningkatkan lagi pengikut media sosial serta mengeratkan lagi hubungan penyokong di rantau ASEAN dan lain-lain”.
Selain siaran langsung menerusi Twitter, para peminat juga berpeluang menyaksikan perlawanan-perlawanan tersebut di Stadium Nasional Bukit Jalil, KLSC. Tiket sudah mula dijual sekarang, bermula dengan harga RM10 (pelajar) dan RM15 hingga RM120 (dewasa). Dapatkannya di http://sportsfixcup.com .
Mengenai SportsFix
SPORTSFIX merupakan sebuah platform yang dimiliki oleh SF Media Holdings Sdn Bhd, sebuah anak syarikat kepada TSA (Total Sports Asia), peneraju kandungan sukan di rantau Asia. SPORTSFIX merupakan platform OTT pertama dan satu-satunya yang menyiarkan kandungan sukan secara langsung dan VOD di rantau ASEAN. Kandungan SPORTSFIX juga distrim oleh pengguna tempatan, serantau, dan juga antarabangsa. SPORTSFIX juga berkerjasama dengan operator telekomunikasi di rantau ini untuk membawakan kandungannya secara terus kepada berjuta-juta pengguna peranti mudah alih. Setiap masa, di mana jua, kini semua orang boleh menonton sukan kegemaran mereka. Layari www.sportsfix.tv
Mengenai Twitter
Twitter ialah satu fenomena di dunia dan sering diperkatakan oleh semua orang ketika ini. Dari berita terkini hingga dan hiburan ke sukan, politik, dan minat harian, serta melihat cerita dari setiap sudut. Sertai perbualan secara terbuka. Menonton secara langsung. Mempunyai lebih daripada 40 bahasa diseluruh dunia, servis ini boleh diakses melalui twitter.com, pelbagai peranti mudah alih, serta khidmat pesanan ringkas (SMS). Untuk keterangan lanjut, sila layari about.twitter.com, ikuti @TwitterSG, dan muat turun kedua-dua aplikasi Twitter dan Periscope di twitter.com/download dan periscope.tv
Untuk maklumat lanjut sila hubungi pr@sportsfix.tv