SS Purple League 2017/18 Mahu Terus Memukau
December 15, 2017Petaling BC Registers First Win in Style
December 18, 2017KUALA LUMPUR (18 Disember 2017): Kelab Badminton (KB) Petaling mensasarkan kedudukan yang lebih baik berbanding di kedudukan kelima musim lalu dalam saingan SS Purple League kali ini. Dalam perlawanan pertama pasukan itu sebentar tadi, anak buah Yap Kim Hock menang 12-7 ke atas KB Kepong.
Yap Kim Hock berkata, “Dalam perlawanan hari ini daripada acara perseorangan hinggalah acara beregu, kekuatan pasukan KB Petaling dan KB Kepong tidaklah jauh berbeza. Jadi, ianya adalah satu perlawanan yang sengit untuk kedua-dua pasukan.
“Untuk saingan SS Purple League kali ini, saya dapat rasakan motivasi pasukan lebih tinggi berbanding musim lalu. Pemain-pemain nampak bersemangat untuk memburu kejuaraan SS Purple League. Jadi dengan motivasi yang tinggi ini, saya sasarkan untuk berada di kedudukan lebih tinggi daripada musim lalu,” kata Kim Hock.
Dalam perlawanan tadi, KB Petaling berjaya mendapat mata kemenangan pertama melalui pemain berpengalaman, Kenichi Tago yang menang 3-0 (11-10, 11-9, 11-9) menewaskan pemain KB Kepong, Soong Joo Ven dalam acara perseorangan lelaki.
Di dalam acara perseorangan wanita pula, KB Kepong kembali garang selepas pemainnya, Ho Yen Mei berjaya menumpaskan pemain KB Petaling, Hera Desiana Rachmawati dengan keputusan 3-1 (11-8, 5-11, 11-7, 11-6).
Acara beregu lelaki berlangsung dengan lebih sengit selepas itu. Beregu lelaki KB Petaling, Goh V Shem/ Shia Chun Kang terikat 2-2 (11-9, 9-11, 9-11, 10-8) dalam tempoh 30 minit bertemu dengan gandingan KB Kepong, Tan Chee Tean/ Yang Po Han.
KB Petaling terus garang selepas itu apabila mencatatkan kemenangan dalam beregu campuran. Gandingan pasangan Chen Tang Jie/ Devi Tika Permatasari mengatasi Cheah Yee See/ Goh Soon Huat dengan keputusan 3-1 (10-11, 11-8, 11-10, 6-4) mengubah kedudukan keseluruhan kepada 9-6.
Iskandar Zulkarnain yang turun dalam acara perseorangan lelaki terakhir melengkapkan kemenangan bergaya pasukan KB Petaling selepas dia mengatasi pemain KB Kepong, Thongnuam Pannawit dengan keputusan 3-1 (5-11, 11-10, 11-5, 11-10).
Sebelum itu, dalam satu lagi perlawanan yang telah berlangsung di sebelah petang, KB Petaling Jaya selaku juara bertahan kejohanan ini memulakan saingan dengan langkah kanan setelah berjaya menang 11-8 mengatasi KB Serdang.
Saingan peringkat pertama SS Purple League 2017/18 akan bersambung esok di lokasi sama, Sports Arena Sentosa menemukan KB Ampang Jaya dan KB Cheras pada pukul 4pm manakala satu lagi pertemuan adalah antara KB Bangsar Hawks bertemu KB Puchong United pada jam 8pm.
Keputusan SSPL (18/12/2017)
(8pm) KB Petaling kalahkan KB Kepong 12-7
MS2: Kenichi Tago kalahkan Soong Joo Ven 3-0 (11-10, 11-9, 11-9)
WS: Hera Desiana Rachmawati kalah kepada Ho Yen Mei 1-3 (8-11, 11-5, 7-11, 6-11)
MD: Goh V Shem-Shia Chun Kang seri with Tan Chee Tean-Yang Po Han 2-2 (11-9, 9-11, 9-11, 10-8)
XD: Chen Tang Jie-Devi Tika Permatasari kalahkan Cheah Yee See-Goh Soon Huat 3-1 (10-11, 11-8, 11-10, 6-4)
MS1: Iskandar Zulkarnain Zainuddin kalahkan Thongnuam Pannawit 3-1 (5-11, 11-10, 11-5, 11-10)
(4pm) KB Petaling Jaya kalahkan KB Serdang 11-8
MS2: Goh Giap Chin kalahkan Yu Chen 3-1 (11-10, 4-11, 11-9, 11-1)
WS: Lee Zii Yii kalah kepada Lee Ying Ying 0-3 (5-11, 6-11, 6-11)
MD: Chooi Kah Ming-Low Juan Shen kalahkan Pei Tianyi-Tan Jinn Hwa 3-1 (6-11, 11-6, 11-10, 11-7)
XD: K. Yogendran-Prajakta Sawant kalah kepada Chen Hsiao Huan-Lu Ching Yao 2-3 (9-11, 11-7, 10-11, 11-10, 0-1)
MS1: Lee Cheuk Yiu kalahkan Lee Zii Jia 3-0 (11-6, 11-2, 11-10)