BJSS Thunderbolt stump SSTMI
April 20, 2017Anderson surprise BJSS Thunderbolt
April 22, 2017KUALA LUMPUR (19 April, 2017): Selepas mengesahkan untuk menghantar pasukan hoki negara, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini mengumumkan senarai penuh pegawai dan pemain ke Kejohanan Hoki Piala Asia Indoor yang bakal dilangsungkan di Doha, Qatar dari 24-28 April nanti.
Malaysia akan menghantar dua pasukan iaitu pasukan lelaki dan pasukan wanita ke kejohanan yang berlangsung selama lima hari itu.
Pasukan lelaki akan dibimbing oleh jurulatih, Muhammad Amin Rahim sementara Gobinathan Krishna Murthy pula bakal membimbing pasukan wanita dalam kejohanan itu nanti.
Penyertaan Malaysia dalam kejohanan hoki indoor ini adalah satu usaha KHM untuk memantapkan lagi pasukan dalam misi pemburuan pingat emas Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan Ogos nanti.
Untuk rekod Hoki Piala Asia Indoor yang dimulakan sejak 2008, skuad hoki lelaki negara pernah muncul naib juara sebanyak empat kali iaitu pada tahun 2008, 2009, 2010 dan 2014 manakala pasukan hoki wanita pula pernah muncul sebagai juara pada edisi 2009.
Berikut adalah senarai penuh pegawai pasukan serta pemain yang akan menyertai Hoki Piala Asia Indoor 2017:
PASUKAN LELAKI
Ketua Jurulatih: Muhammad Amin Rahim
Pen. Jurulatih: Kamarudin Misman
Pengurus: Wallace Tan
Pemain:
Muhammad Zaimi Mat Deris (GK)
Muhammad Najib Abu Hassan (K)
Mohd Ashran Hamsani
Mohd Hanip Che Halim
Rafizul Ezry Mustafa
Mohd Norhafizie Jamil Azomi
Norsyafiq Sumantri
Muhammad Aslam Mohammad Hanafiah
Kevin Frederick Lim
Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad
Mohd Syafiq Yaakop
Mohd Khairul Afendy Kamaruzaman (GK)
PASUKAN WANITA
Ketua Jurulatih: Gobinathan Krishna Murthy
Pengurus: Nor Saliza Ahmad Soobni
Pemain:
Siti Noor Hafiza Zainordin (GK)
Nor Aini Mohd Tajuddin
Nor Izaidah Ibrahim (K)
Qasidah Najwa Muhammad Halimi
Nurliyana Mohd Kip
Noorain Mohd Arshad
Ellya Syahirah Ellias
Nurul Najah Abd Rashid
Nur Aisyah Yaacob
Nur Aisyah Hashim
Iren Hussin
Priyangga S. Jayarajah