THT tekad bangkit
February 14, 2017Too Close To Call
February 15, 2017Kuala Lumpur (15 Februari 2017) : Terengganu Hockey Team (THT) merampas kembali kedudukan teratas Liga Premier, TNB Liga Hoki Malaysia selepas menewaskan TNB Thunderbolts 3-0 di Stadium Hoki Baru Buruk, hari ini.
Juara bertahan itu kini berkongsi 30 mata dengan KLHC selepas 12 perlawanan, namun mempunyai kelebihan jaringan gol.
Skuad bimbingan Sarjit Singh yang turun dengan misi untuk meraih tiga mata penuh di depan menerusi jaringan padang Muhammad Firhan Ashaari minit ke-16.
Hanya pada minit ke-56 barulah THT berjaya menambah gol kedua menerusi pukulan sudut penalti Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil.
Dua minit kemudian, tonggak import Nicolas Enrique Della Torre menjaringkan gol padang sekali gus mengesahkan kemenangan THT.
Kejayaan THT kembali menduduki takhta liga dibantu dengan kegagalan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) untuk meraih tiga mata penuh apabila sekadar seri 3-3 dengan TNB di Stadium Hoki Pantai.
Ketua jurulatih TNB Muhamad Amin Rahim nyata amat berpuas hati dengan prestasi barisan pemainnya yang berjaya mengikat KLHC.
“Seperti yang kita semua ketahui KLHC adalah antara pasukan terbaik di liga. Jadi perancangan kami adalah untuk cuba mencuri mata daripada mereka.
“Saya rasa barisan pemain semua sudah melaksanakan tugas dengan baik.
“Di atas kertas pasukan seperti KLHC dan THT sememangnya lebih kuat berbanding kami. Apa yang boleh kami lakukan adalah menggunakan kelebihan yang ada iaitu corak permainan pantas,” katanya.
Tonggak import Anton Poul Fritz Ebeling serta Muhammad Rashid Baharom meletakkan KLHC selesa di depan menerusi jaringan padang pada minit ke-15 dan 19.
Namun Muhmammad Najib Abu Hassan merapatkan jurang hasil pukulan sudut penalti minit ke-22 sebelum Muhammad Azammi Adabi menyamakan kedudukan menerusi pukulan stroke minit ke-38.
Hammod Casey Dawsond kembali meletakkan KLHC di depan menerusi pukulan sudut penalti minit ke-57 sebelum Shahril meranapkan impian KLHC untuk meraih tiga mata penuh apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti dengan baik minit terakhir perlawanan.
Liga Premier
Keputusan hari ini
THT 3 TNB Thunderbolts 0
KLHC 3 TNB 3
UniKL 1 Maybank 4
UiTM-KPT 1 SSTMI 1