KLHC rampas kedudukan teratas liga
February 12, 2017THT rampas tangga teratas liga
February 15, 2017Kuala Lumpur (14 Februari 2017): Terengganu Hockey Team (THT) tidak akan berputusa asa, sebaliknya mahu bangkit semula pada tiga perlawanan terakhir Liga Premier, TNB Liga Hoki Malaysia dalam usaha mereka untuk mempertahankan kejuaraan liga.
Selepas sekadar seri 2-2 dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada perlawanan terakhir, kedudukan THT selaku pendahulu liga dirampas oleh Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) yang unggul mengumpul 29 mata.
Ketua jurulatih THT, Sarjit Singh mengakui barisan pemainnya akan berdepan tugas yang cukup sukar pada baki tiga perlawanan selepas ini bermula dengan bertemu TNB Thunderbolts esok di Stadium Hoki Batu Buruk.
“Seperti yang saya sentiasa tekankan, apabila menghampiri penghujung saingan, perlawanan semakin sukar.
“Jika kami mahu mempertahankan kejuaraan liga, maka kami perlu menang kesemua tiga perlawanan terakhir.
“Kami tidak boleh berharap kepada pasukan lain. Kami perlu berusaha sendiri untuk mencapai sasaran itu.
“Sebab itulah pasukan yang baik, iaitu tidak mengharapkan belas ehsan pasukan lain,” katanya.
Sementara itu, KLHC selaku pendahulu liga akan bertemu TNB esok di Stadium Hoki Pantai dan penyerang Mohd Haziq Samsul berharap dia serta rakan sepasukannya dapat meraih tiga mata penuh.
“Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah kami akan menghadapi satu persatu perlawanan terlebih dulu dan perlawanan terakhir bertemu THT dijangka akan menjadi penentu kejuaraan liga.
“Apapun kami perlu meraih tiga mata apabila bertemu TNB esok,” katanya.
Liga Premier
Esok (15 Februari 2017)
THT lwn TNB Thunderbolts, 5 ptg
(Stadium Hoki Batu Buruk)
KLHC lwn TNB, 6 ptg
(Stadium Hoki Pantai)
UniKL lwn Maybank, 8 mlm
(Stadium Hoki Pantai)
UiTM-KPT lwn SSTMI, 8 mlm
(Stadium Tun Razak)