Petaling Ended their SSPL Campaign on a Positive Note
February 11, 2017Gelaran Juara SSPL 2016/17 Menjadi Milik KB Petaling Jaya
February 12, 2017GENTING HIGHLANDS (11 Februari, 2017): Kekecewaan Kelab Badminton (KB) Petaling untuk meraih kedudukan terbaik dalam SS Purple League (SSPL) sedikit sebanyak terubat selepas mereka menewaskan KB Ampang Jaya sebentar tadi dalam penentuan tempat ke 5/6 di Arena Of Stars, Resorts World Genting.
Kemenangan 10-4 itu sekaligus membolehkan mereka menduduki tempat kelima SSPL musim ini manakala KB Ampang Jaya pula di tempat keenam.
Dalam perseorangan lelaki pertama, KB Petaling meraih kemenangan melalui pemainnya, Liew Daren yang menewaskan pemain KB Ampang Jaya, Ajay Jayaram 11-4, 11-9, 4-11, 11-8 (3-1).
Apapun, KB Ampang Jaya bangkit dalam perseorangan wanita apabila pemainnya, Xu Wei menumpaskan pemain KB Petaling, Yap Rui Chen 11-4, 11-9, 5-11, 11-8 (3-1).
Gandingan Goh V Shem/ Man Wei Chong kembali meletakkan KB Petaling di hadapan setelah menang 11-6, 11-8,11-8 (3-0) mengatasi Lukhi Nugroho/ Muhd Syawal dalam beregu lelaki.
KB Petaling terus menguasai permainan dengan kemenangan direkodkan dalam beregu campuran melalui pasangan Devi Tika Permatasari/ Riky Widianto yang menang 11-8, 11-7, 11-10 (3-0) mengatasi Anna Cheong/ Tap Yip Jiun sekaligus menjarakkan pungutan mata menjadi 6 mata.
Kemenangan pasangan beregu campuran itu sudah cukup untuk memastikan pasukan KB Petaling mengesahkan kedudukan mereka di tempat kelima saingan SSPL musim ini.
Bagi ketua jurulatih KB Petaling, Yap Kim Hock dia berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan pasukannya yang meraih tempat kelima sama seperti musim lalu.
Kim Hock berkata, “Saya gembira dengan kemenangan ini dengan menghabiskan Purple League di tempat kelima. Kita kehilangan khidmat Datuk Wira Lee Chong Wei dan Iskandar Zulkarnain di pusingan kalah mati.
“Namun beberapa pemain junior seperti Chen Tang Jie dan Man Wei Chong semakin menyerlah dan sudah tentu mereka adalah aset penting kepada pasukan untuk musim hadapan Purple League,” katanya selepas tamat perlawanan sebentar tadi.
Dalam penentuan tempat ke 7/8 yang berlangsung pada sebelah petang pula, tempat ketujuh menjadi milik KB Kepong setelah mereka diberikan kemenangan kerana KB Serdang menurunkan pemain yang tidak menepati ranking mengikut peraturan SSPL.
Keputusan penentuan tempat 5/6 (8pm)
KB Ampang Jaya kalah kepada KB Petaling 4-10
MS1: Ajay Jayaram kalah kepada Liew Daren 1-3 (4-11, 9-11, 11-4, 8-11)
WS: Xu Wei kalahkan Yap Rui Chen 3-1 (11-4, 11-9, 5-11, 11-8)
MD: Lukhi Nugroho-Muhammad Syawal kalah kepada Goh V Shem-Man Wei Chong 0-3 (6-11, 8-11, 8-11)
XD: Anna Cheong-Tan Yip Jiun kalah kepada Devi Tika Permatasari-Riky Widianto 0-3 (8-11, 7-11, 10-11)
Keputusan penentuan tempat 7/8 (4pm)
KB Kepong kalahkan KB Serdang 15-2
MS1: Soong Joo Ven kalahkan Sim Fong Hau 3-1 (11-8, 11-4, 9-11, 11-8)
WS: Aprilia Yuswandari kalahkan Shen Yabing 3-1 (9-11, 11-6, 11-7, 11-7)
**Perlawanan diberhentikan dalam acara perseorangan wanita kerana KB Kepong sudah sah memenangi perlawanan.
**Mereka dihadiahkan 9 mata mengikut peraturan yang telah ditetapkan pengajur kerana KB Serdang gagal menurunkan pemain mengikut sistem ranking untuk kejohanan ini.