UniKL close gap with leaders
February 5, 2017SSPL: Kekuatan Dalam Setiap Kategori Kunci KB Petaling
February 6, 2017KUALA LUMPUR (5 Februari 2017): Tenaga Nasional Berhad (TNB) mensia-siakan peluang untuk meraih tiga mata walaupuna mendahului dua gol apabila seri 2-2 oleh Maybank pada aksi Liga Premier Liga Hoki Malaysia (TNBMHL), hari ini.
Ketua jurulatih TNB, Muhamad Amin Rahim kecewa dengan kegagalan anak-anak buahnya membenarkan Maybank bangkit menjaringkan dua gol dalam suku masa terakhir perlawanan itu.
“Kami bermain baik dalam suku masa pertama dan kedua tetapi selepas itu, kami gagal menambah jaringan pada dua suku masa terakhir.
“Perkara yang sama berulang yang mana para pemain gagal mempertahankan kelebihan dimiliki dalam perlawanan ini.
“Para pemain harus sedar dan bangkit untuk mengatasi masalah ini kalau mahu menamatkan saingan musim ini dalam kelompok empat teratas,” katanya.
TNB berjaya mendahului dua gol melalui Mohd. Amirol Aideed Md. Arshad dan Norsyafiq Sumantri pada minit ke-12 serta 43 pada aksi di Stadium Hoki Pantai itu.
Maybank berjaya bangkit menyamakan kedudukan menerusi dua gol daripada Mohd. Zulhairi Hashim dan Jang Soon Chan pada minit ke-45 serta 50.
Sementara itu, Terengganu Hockey Team (THT) melebarkan penguasaan sebagai pendahulu liga apabila berpesta gol meratah Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) 10-1 di Stadium Hoki Batu Burok, Kuala Terengganu petang tadi.
Tengku Ahmad Tajuddin Abd. Jalil muncul wira THT apabila meledak empat gol bermula minit pertama, 23, 30 dan 56.
Tonggak import dari Korea Selatan, Jang Jonghyun turut mencuri tumpuan apabila berjaya merakam hatrik pada minit ke-29, 33 dan 39.
Tiga lagi gol skuad kendaliam Sarjit Singh itu dijaringkan oleh Ismail Abu pada minit kelapan, Nicolas Enrique Della Torre (m-12) dan B. Namasivayam (m-20).
Muhammad Shahrin Izzudin Shamsuri menghadiahkan gol sagu hati buat SSTMI menerusi jaringan padang pada minit ke-58.
Dalam pada itu, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) terus mengejar THT di kedudukan kedua selepas menang 4-3 ke atas TNB Thunderbolts di Bandar Penawar, Johor.
Muhammad Haziq Samsul menjaringkan dua gol buat KLHC pada minit ke-29 dan 50 sementara dua lagi skuad kendalian Muhammad Harun Rashid Al Samri itu diperoleh menerusi Anton Poul Fritz pada minit ke-34 serta 44.
Tiga gol TNB Thunderbolts dijaringkan oleh Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal, Muhammad Noor Firdaus Rosdi dan Muhammad Amirul Hamizan Azahar.
Liga Premier
Keputusan hari ini
TNB 2 Maybank 2
THT 10 SSTMI 1
KLHC 4 TNB Thunderbolts 3
UniKL 2 UiTM-KPT 1