Bragging Rights for Petaling BC
December 30, 2016SSPL 2016/17: Harapan Tahun Baru Goh Liu Ying
December 31, 2016KUALA LUMPUR (30 Disember, 2016): Kelab Badminton (KB) Petaling kendalian Yap Kim Hock menunjukkan taring sebenar mereka dalam saingan SS Purple League (SSPL) musim ini apabila membenam cabaran pendahulu carta, KB Petaling Jaya sebentar tadi.
Mereka berjaya menewaskan KB Petaling Jaya dengan keputusan 11-7. Berbaki tiga lagi perlawanan liga round robin, KB Petaling kini berpeluang cerah untuk ke saingan peringkat kalah mati SSPL andai mengekalkan konsistensi dalam permainan mereka.
Dalam perseorangan lelaki pertama, pemain KB Petaling dari Jepun, Kenichi Tago berjaya menang mudah 11-8, 11-4, 11-5 (3-0) mengatasi wakil KB Petaling Jaya, Satheistharan.
Selepas itu dalam perseorangan wanita pula, Lim Yim Fun sekali lagi mengikut jejak rakan sepasukannya, Kenichi Tago untuk menumpaskan wakil KB Petaling Jaya, Lim Yin Fun dengan keputusan 11-4, 11-10, 11-6 (3-0) untuk KB Petaling selesa mendahului.
Persaingan sengit dalam kategori beregu lelaki juga berpihak kepada pasukan KB Petaling. Pasangannya Andrei Adistia/ Chen Tang Jie berjaya menumpaskan pemain senior negara yang mewakili KB Petaling Jaya, Koo Kien Kiet/ Or Chin Chung dengan keputusan 8-11, 7-11, 11-2, 11-9, 10-6 (3-2) sekaligus mengukuhkan lagi pungutan mata pasukannya.
Apapun, KB Petaling Jaya bangkit memberi saingan dalam kategori beregu campuran selepas gandingan Supanida Katethong/ Tang Chun Man berjaya menang ke atas pasangan KB Petaling, Agripinna Prima/ Devi Tika Permatasari dengan kiraan 11-9, 11-6, 11-7 (3-0).
Dalam kategori perseorangan lelaki terakhir, pemain negara yang mewakili KB Petaling, Liew Daren mengesahkan kemenangan bergaya pasukan itu meskipun dia sekadar mencatatkan keputusan seri. Liew Daren yang turun menentang wakil KB Petaling Jaya, Goh Giap Chin gagal menang apabila mencatatkan keputusan 11-5, 11-9, 8-11, 1-3 (2-2) dalam 30 minit.
Apapun, jurulatih KB Petaling, Yap Kim Hock nyata begitu berpuas hati dengan aksi pasukannya malam ini. Dia berkata, “Kita belajar dari kekalahan kepada KB Kepong beberapa hari lalu dan hari ini mengatasi pendahulu liga adalah satu kemenangan yang begitu bermakna kepada pasukan KB Petaling,” ujarnya selepas tamat perlawanan.
Sebelum itu, pada perlawanan sebelah petang tadi KB Bangsar Hawks berjaya memperoleh kemenangan sulung mereka musim ini apabila mengatasi KB Ampang Jaya 11-10 dalam aksi penuh sengit di venue sama.
Saingan peringkat liga round robin SSPL sedang berlangsung di Gem In Mall, Cyberjaya dari 12 hingga 31 Disember dan di Stadium Badminton Cheras pada 2 hingga 8 Januari. Seterusnya peringkat kalah mati enam pasukan terbaik liga ini akan berlangsung dari 9 hingga 12 Februari di Arena of Stars, Genting Highlands. Tiket boleh didapati secara online melalui laman web ticketcharge.com.my dan boleh dibeli terus di venue pertandingan.
Keputusan Petang Tadi (30 Disember 2016)
(8pm) KB Petaling Jaya kalah kepada KB Petaling 7-11
MS2: Satheishtharan kalah kepada Kenichi Tago 0-3 (8-11, 4-11, 5-11)
WS: Sarita Suwannakitborihan kalah kepada Lim Yin Fun 0-3 (4-11, 10-11, 6-11)
MD: Koo Kien Keat-Or Chin Chung kalah kepada Andrei Adistia-Chen Tang Jie 2-3 (11-8, 11-7, 2-11, 9-11, 6-10)
XD: Supanida Katethong-Tang Chun Man kalahkan Agripinna Prima Ramanto-Devi Tika Permatasari 3-0 (11-9, 11-6, 11-7)
MS1: Goh Giap Chin seri dengan Liew Daren 2-2 (5-11, 9-11, 11-8, 3-1)
(4pm) KB Bangsar Hawks kalahkan KB Ampang Jaya 11-10
MS2: Wan Chia Hsin kalah kepada Suppanyu Avihingsanon 0-3 (9-11, 9-11, 4-11)
WS: Lee Ying Ying kalahkan Ho Yen Mei 3-2 (6-11, 11-7, 10-11, 11-6, 1-0)
MD: Irfan Fadhilah-Loh Kean Hean kalahkan Lukhi Nugroho-Muhammad Syawal 3-1 (11-6, 10-11, 11-5, 11-9)
XD: Joyce Choong-Pei Tian Yi kalahkan Anna Cheong-Kim Astrup 3-1 (11-7, 8-11, 11-10, 11-6)
MS1: Du Yu Hang kalah kepada Lee Cheuk Yiu 2-3 (5-11, 5-11, 11-7 11-6 4-11)