KLHC lakar hatrik
August 19, 2016BJSS survive with late Syafiq goal against Thunderbolt
August 20, 2016Kuala Lumpur (20 Ogos 2016): Sapura mahu meneruskan rentak kemenangan apabila berdepan cabaran getir Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) pada perlawanan kedua Liga Premier TNB Liga Hoki Malaysia di Stadium Hoki Pantai esok.
Selepas melakar kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada perlawanan pertama, Sapura yang dilabel selaku pasukan pilihan musim ini, dilihat sudah bersedia untuk memberi saingan kepada KLHC.
Ketua jurulatih Sapura Yahya Atan berkata, kemenangan pertama itu sememangnya amat penting untuk meningkatkan semangat dalam kalangan pemain.
“Memang kemenangan pertama amat penting kerana ia memberi suntikan semangat kepada setiap pemain.
“Saya harap selepas ini pemain dapat mengekalkan prestasi dengan baik untuk memastikan kami dapat meraih sebanyak mungkin mata dalam saingan liga,” katanya.
Ketua jurulatih KLHC, Muhammad Harun Al-Rashid Samri juga senada dengan Yahya apabila tegas menyatakan beliau turut mahu barisan pemainnya meneruskan momentum kemenangan selepas memenangi Piala Sumbangsih buat kali ketiga berturut-turut apabila menewaskan Terengganu Hockey Team (THT) pada perlawanan pertama.
“Harap kemenangan pertama itu dapat mengurangkan tekanan setiap pemain apabila bertemu Sapura.
“Sudah tentu kami juga melihat Sapura antara pencabar utama pada tahun ini,” katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih UniKL Arul Selvaraj mahu barisan pemainnya bangkit apabila bertemu TNB pada perlawanan kedua esok di Stadium Hoki Pantai selepas tewas kepada Sapura pada perlawanan pertama.
“Selepas berakhir perlawanan pertama, saya lihat sentuhan penyudah antara perkara utama yang perlu diperbaiki.
“Saya yakin barisan pemain akan bangkit pada perlawanan seterusnya,” katanya.
TNB Liga Hoki Malaysia
Liga Premier (21 Ogos 2016)
KLHC lwn Sapura, 6 ptg
(Stadium Hoki Pantai)
THT lwn Maybank, 5.30 ptg
(Stadium Hoki Batu Buruk)
UniKL lwn TNB, 8 mlm
(Stadium Hoki Pantai)