STL bukti sepak takraw belum mati
December 27, 201416 PASUKAN BERENTAP REBUT SATU SLOT AUTOMATIK TERAKHIR
January 3, 2015MELAKA (28 DISEMBER 2014): Biarpun beraksi tanpa ‘killer’ utama yang juga pemain kebangsaan, Mohd Zamree Dahan, Bukit Putra ‘C’ tetap menampilkan permainan bertenaga untuk menjuarai pusingan ketujuh SepakTakraw League (STL) Zon Tengah di Stadium Bola Keranjang MBMB, Bukit Serindit.
Pada perlawanan akhir, Bukit Putra ‘C’ yang menurunkan apit kiri kebangsaan, Amirul Zazwan Amir, Farid Aziz (tekong) dan Khairul Anuar yang mengambil alih tempat Zamree, dilihat terlalu kuat buat Petronas Batu Gajah (PBG) apabila mencatat kemenangan mudah 21-15, 21-12.
Pengurus Bukit Putra ‘C’, Zamri Abdul Rahman berkata, “Kami tidak sangka dapat menang perlawanan ini kerana regu yang kami tewaskan ini adalah regu sama yang tewaskan Thailand di Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN yang lepas. Mereka cuba berikan tentangan yang sengit pada set pertama tetapi pengalaman yang ada pada pemain saya seperti Amirul Syazwan yang merupakan pemain kebangsaan memberi sedikit kelebihan kepada kami.
“Killer utama kita (Zamree) ada alami sedikit kecederaan dan terpaksa direhatkan. Ideanya adalah sekiranya perlawanan berpihak kepada Petronas, kita akan masukkan Zamree tetapi Khairul Anuar menjalankan tugasnya dengan cukup baik dan tidak dinafikan pengalaman memihak kepada kami,” jelasnya lagi.
Meskipun cuba memberi saingan setelah ketinggalan jauh 15-6 pada set pertama, pengurus PBG, Sazali Mohd Salleh mengakui faktor kurang pengalaman adalah punca utama pasukannya dilihat longlai sehingga tewas mudah.
“Kelemahan ketara kita adalah pengalaman. Hari ini kita tewas kepada pasukan yang lebih berpengalaman kerana mereka ada pemain negeri dan kebangsaan. Kita cuba bangkit, tetapi apabila kita dapat rentak, kita sudah jauh ketinggalan pada set pertama. Kita juga buat pertukaran tekong pada set kedua namun kita gagal untuk menangani tekanan dengan baik,” katanya.
Selaku juara, Bukit Putra ‘C’ membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan menjadi pasukan ketujuh layak beraksi di Grand Final manakala PBG selaku naib juara menerima RM3,000 dan layak beraksi di pusingan play-off.
Turut hadir menyaksikan perlawanan adalah Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Dato’ Haji Ahmad Ismail bersama-sama timbalannya, Akramudin Abdul Aziz dan Pegawai Kewangan Melaka, Dato’ Md Zain Mansor.
Sementara itu pada perlawanan penentuan tempat ketiga, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang turut diperkuatkan ‘killer’ kebangsaan, Hanafiah Dollah beserta Idham Sulaiman sebagai tekong dan Syazwan Dahlan (apit kiri) mencatat kemenangan mudah 21-11 dan 21-15 ke atas Naza World sekaligus membawa pulang RM1,000 dan merebut satu lagi slot untuk beraksi di pusingan play-off.
Kini hanya tinggal satu sahaja lagi pusingan yang akan berlangsung pada 3-4 Januari depan, juga di Stadium Bola Keranjang MBMB untuk melengkapkan senarai 8 pasukan yang layak secara automatik ke Grand Final dan melengkapkan senarai 16 pasukan yang akan berentap di play-off.
Keputusan:
Suku Akhir: Bukit Putra ‘C’ mng MPK ‘A’, 2-0 (21-8, 21-15); MPSJ mng MBS, 2-0 (21-14, 21-17); Naza World mng UITM, 2-0 (21-6, 21-15); PBG mng Bentara, 2-0 (21-11, 21-14)
Separuh Akhir: Bukit Putra ‘C’ mng MPSJ, 2-0 (21-19, 21-17) & PBG mng Naza World, 2-0 (21-15, 21-17)
Tempat Ke-3 : MPSJ mng Naza World, 2-0 (21-11, 21-15)
Akhir : Bukit Putra ‘C’ mng PBG, 2-0 (21-15, 21-12)
JADUAL:
Melaka – (Stadium Majlis Perbandaran Melaka, Bukit Seringit; 3-4 Jan, 2015).
Grand Final – (Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur; 10-11 Jan & 17-18 Jan, 2015).
Dikeluarkan oleh Shekhinah PR bagi pihak Asia Sports Ventures.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Christopher Raj
chris@shekhinah.my
012 – 2161881