Skip to content
● Newsroom — (Newsroom)

Sukan Asia 2018: 18 Pemain Lelaki Dan Wanita Sedia Galas Cabaran Di Indonesia

Sukan Asia 2018: 18 Pemain Lelaki Dan Wanita Sedia Galas Cabaran Di Indonesia

KUALA LUMPUR (9 OGOS 2018 ) : Selepas menamatkan siri jelajah di Australia bagi memastikan pasukan mempunyai persediaan secukupnya untuk menghadapi Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, kini 18 pemain yang diberi tanggungjawab untuk beraksi di temasya empat tahun sekali itu pastinya telah besedia sepenuhnya untuk menggalas cabaran tersebut.Kesemua perlawanan bagi skuad lelaki dan wanita akan berlangsung di Kompleks Sukan Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia dan skuad lelaki berada di dalam kumpulan B bersama Pakistan, Bangladesh, Oman, Kazakhstan dan Thailand sementara skuad wanita berada di dalam kumpulan A bersama China, Jepun, Hong Kong China dan Chinese Taipei.

Bagi kapten Malaysian Tigers, Mohamad Sukri Abdul Mutalib walaupun menyedari cabaran dan tekanan yang tinggi menanti mereka pada temasya tersebut, namun berdasarkan pengalaman serta latihan yang telah dijalani mereka bertekad mahu menggapai keputusan positif iaitu membawa pulang pingat emas sekaligus layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2020, Tokyo Jepun.

“Pasukan sememangnya telah bersiap sedia untuk mencabar kejuaraan di Sukan Asia kerana semua sedia maklum ia merupakan temasya cukup penting untuk kami selain menyedari cabaran serta tekanan yang tinggi menanti setiap pemain.

“Bagaimanapun saya yakin semua pemain mampu untuk menyerap tekanan tersebut selain segala pengalaman yang dimiliki akan membantu pasukan untuk mendapatkan keputusan positif.

“Kami pastinya mahu mencapai sasaran kami iaitu mendapatkan pingat emas dan layak ke Sukan Olimpik Tokyo secara automatik dan keazaman kami cukup tinggi untuk mengapai sasaran tersebut.

“Sukan Asia bukan platform untuk kami mencari pingat emas atau layak ke Sukan Olimpik 2020 semata-mata tetapi juga untuk kami memastikan kesinambungan kepada skuad yang akan datang akan berterusan dan kerana itu setiap pemain menyedari keputusan positif cukup penting.

“Kami akan berikan yang terbaik untuk negara dan pastinya dengan siri jelajah yang telah diatur serta latihan yang telah dijalani dan juga sebagai satu pasukan kami percaya antara satu sama lain, percayakan barisan kejurulatihan yang kami mampu untuk mendapatkan keputusan positif,” ujar Sukri ketika dihubungi.

Skuad lelaki akan membuka tirai Sukan Asia 2018 pada Isnin, 20 Ogos bertemu Kazakhstan jam 7 malam waktu Malaysia sementara skuad wanita akan turun untuk aksi pertama sehari lebih awal iaitu pada Ahad, 19 Ogos jam 7 malam waktu Malaysia bertemu Hong Hong China.

Berikut merupakan senarai penuh 18 pemain skuad lelaki dan wanita yang akan menggalas misi di Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.

Senari 18 pemain lelaki:

Kumar Subramaniam

Muhammad Hairi Bin Abd Rahman

Mohamad Sukri Bin Abdul Mutalib

Muhammad Razie Bin Abd Rahim

Syed Mohamad Syafiq Bin Syed Cholan

Muhammad Azri Bin Hassan

Faiz Helmi Bin Jali

Nabil Fiqri Bin Mohd Noor

Muhammad Marhan Bin Jalil

Meor Muhamad Azuan Bin Hassan

Mohd Fitri Bin Saari

Joel Samuel Van Huizen

Muhammad Amirol Aideed Bin Mohd Arshad

Tengku Ahmad Tajuddin Bin Tengku Abdul Jalil

Faizal Bin Saari

Nik Muhammad Aiman Bin Nik Rozemi

Muhammad Firhan Bin Ashari

Muhammad Shahril Bin Saabah

Senarai 18 pemain wanita:

Farah Ayuni Bt Yahya

Mas Huzaimah Bt Md Aziz

Siti Noor Amarina Bt Ruhani

Juliani Bt Mohamad Din

Raja Norsharina Bt Raja Shabuddin

Nuraini Bt Abd Rashid

Fatin Shafika Bt Mahd Sukri

Fazilla Sylvester Silin

Wan Norfaiezah Bt Md Saiuti

Surizan Bt Awang Noh

Norazlin Binti Sumantri

Hanis Nadia Bt Onn

Nuraslinda Bt Said

Nur Syafiqah Bt Mohd Zain

Nur Amirah Shakirah Bt Zulkifli

Nur Zafirah Bt Aziz

Kirandeep Kaur a/p Gurdip Singh

Noor Hasliza Bt Md Ali

Jadual perlawanan skuad wanita peringkat kumpulan.

Ahad 19 Ogos 7.00 petang (waktu Malaysia) lawan Hong Kong China

Khamis 23 Ogos 7.00 petang (waktu Malaysia) lawan China

Sabtu 25 Ogos 3.00 petang (waktu Malaysia) lawan Chinese Taipei

Isnin 27 Ogos 9.00 malam (waktu Malaysia) lawan Jepun

Jadual perlawanan skuad lelaki peringkat kumpulan.

Isnin 20 Ogos 7.00 petang (waktu Malaysia) lawan Kazakhstan

Rabu 22 Ogos 5.00 petang (waktu Malaysia) lawan Thailand

Jumaat 24 Ogos 1.00 tengah hari (waktu Malaysia) lawan Bangladesh

Ahad 26 Ogos 9.00 malam (waktu Malaysia) lawan Pakistan

Selasa 28 Ogos 3.00 petang (waktu Malaysia) lawan Oman

Berikut merupakan butiran penerbangan pergi dan balik bagi skuad lelaki dan wanita ke Jakarta Indonesia.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) – AIR ASIA

Perlepasan Skuad Lelaki dan Wanita: 16 Ogos 2018 – 9.20 Pagi (AK388)

Ketibaan Skuad Wanita: 1 September 2018 – 6.00 Petang (AK385)

Ketibaan Skuad Lelaki: 2 September 2018 – 6.00 Petang (AK385)