Skip to content
● Newsroom — (Newsroom)

Senarai Pemain Negara Untuk Hoki Piala Asia Indoor 2017

Senarai Pemain Negara Untuk Hoki Piala Asia Indoor 2017

KUALA LUMPUR (19 April, 2017): Selepas mengesahkan untuk menghantar pasukan hoki negara, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini mengumumkan senarai penuh pegawai dan pemain ke Kejohanan Hoki Piala Asia Indoor yang bakal dilangsungkan di Doha, Qatar dari 24-28 April nanti.

Malaysia akan menghantar dua pasukan iaitu pasukan lelaki dan pasukan wanita ke kejohanan yang berlangsung selama lima hari itu.

Pasukan lelaki akan dibimbing oleh jurulatih, Muhammad Amin Rahim sementara Gobinathan Krishna Murthy pula bakal membimbing pasukan wanita dalam kejohanan itu nanti.

Penyertaan Malaysia dalam kejohanan hoki indoor ini adalah satu usaha KHM untuk memantapkan lagi pasukan dalam misi pemburuan pingat emas Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan Ogos nanti.

Untuk rekod Hoki Piala Asia Indoor yang dimulakan sejak 2008, skuad hoki lelaki negara pernah muncul naib juara sebanyak empat kali iaitu pada tahun 2008, 2009, 2010 dan 2014 manakala pasukan hoki wanita pula pernah muncul sebagai juara pada edisi 2009.

Berikut adalah senarai penuh pegawai pasukan serta pemain yang akan menyertai Hoki Piala Asia Indoor 2017:

PASUKAN LELAKI

Ketua Jurulatih: Muhammad Amin Rahim

Pen. Jurulatih: Kamarudin Misman

Pengurus: Wallace Tan

Pemain:

Muhammad Zaimi Mat Deris (GK)

Muhammad Najib Abu Hassan (K)

Mohd Ashran Hamsani

Mohd Hanip Che Halim

Rafizul Ezry Mustafa

Mohd Norhafizie Jamil Azomi

Norsyafiq Sumantri

Muhammad Aslam Mohammad Hanafiah

Kevin Frederick Lim

Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad

Mohd Syafiq Yaakop

Mohd Khairul Afendy Kamaruzaman (GK)

PASUKAN WANITA

Ketua Jurulatih: Gobinathan Krishna Murthy

Pengurus: Nor Saliza Ahmad Soobni

Pemain:

Siti Noor Hafiza Zainordin (GK)

Nor Aini Mohd Tajuddin

Nor Izaidah Ibrahim (K)

Qasidah Najwa Muhammad Halimi

Nurliyana Mohd Kip

Noorain Mohd Arshad

Ellya Syahirah Ellias

Nurul Najah Abd Rashid

Nur Aisyah Yaacob

Nur Aisyah Hashim

Iren Hussin

Priyangga S. Jayarajah