Skip to content
● Newsroom — (Newsroom)

RAGBI MCKK PREMIER 7S (P7s) KE-11: SSTMI, MCKK TEPATI RAMALAN KE SUKU AKHIR

Pemain diangkat untuk menyambar bola dalam lineout pada Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s Edisi Ke-11

Juara empat kali SSTMI dan tuan rumah MCKK antara lapan pasukan yang mara ke suku akhir Cup pada hari kedua Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s Edisi Ke-11.

KUALA KANGSAR – Juara empat kali Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) seperti yang diramalkan melangkah dengan bergaya dalam kelompok lapan pasukan terbaik ke peringkat suku akhir Cup pada Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s (P7s) di padang Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Tujuh pasukan lain yang layak berdasarkan ranking ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn (THOR), Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga (ARAS), Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Maktab Sultan Abu Bakar (EC), Sekolah Menengah Kebangsaan ABI (SMK ABI), Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas (SMKTM).

Dalam saingan suku akhir Cup pada hari Ahad, THOR yang menduduki ranking pertama kejohanan akan berdepan SMKTM, SSMP pula akan bertemu SSTMI, ARAS bertemu SMK ABI dan tuan rumah MCKK berdepan EC.

SSTMI yang memburu gelaran kelima selepas menjulang kejuaraan pada 2011, 2012, 2016 dan 2017 menang kesemua perlawanan untuk mengungguli Kumpulan B dengan mengutip sembilan mata walaupun menduduki ranking kelima keseluruhan.

Pasukan itu muncul juara Kumpulan B selepas menewaskan juara 2019 Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) 10-7, Maktab Sabah Kota Kinabalu (SCKK) 45-0 dan Sekolah Menengah Kebangsaan HOSBA (HOSBA) 19-14.

Setelah memperoleh kemenangan besar pada hari pertama, HOSBA dikecewakan oleh SEMASHUR yang berjaya menewaskan mereka 12-7 pada aksi hari kedua.

Tuan rumah MCKK turut melangkah ke suku akhir selepas muncul juara Kumpulan C dengan menang kesemua perlawanan, menewaskan SMK ABI 19-12, Sekolah Menengah Agama Darunnajah (SMAD) dari Jakarta, Indonesia 43-5 dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (INTEK) 48-0.

ARAS menjuarai Kumpulan A dan mara ke suku akhir selepas menang kesemua perlawanan, menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan King George V (KGV) 36-0, Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) 38-5 dan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) 68-0.

SSMP pula menjuarai Kumpulan E dengan menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (ART) 43-0, Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII (KE VII) 22-5 dan Shizuoka Seiko Academy (SSA) 20-7.

Juara 2020 EC dari Johor Bahru pula menjuarai Kumpulan F dan layak secara automatik ke suku akhir selepas mengalahkan Victoria Institution (VI) 34-0, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 (SSYP1) 17-5 dan SMKTM 19-17.

Perlawanan akhir Cup dijadualkan berlangsung kira-kira pukul 5.15 petang pada hari Ahad, bersama saingan kategori Plate, Bowl dan Shield.

Keputusan akhir hari kedua:

SEMASHUR 7 – 10 SSTMI

INTEK 30 – 7 SMAD

RMC 0 – 40 THOR

SSMP 20 – 7 SSA

VI 0 – 34 EC

KGV 19 – 0 SAS

ARAS 38 – 5 SESMA

SCKK 0 – 45 SSTMI

HOSBA 7 – 12 SEMASHUR

MCKK 43 – 5 SMAD

SMK ABI 40 – 14 INTEK

SHOAW 0 – 60 THOR

STAR 29 – 0 RMC

KE VII 7 – 12 SSA

ART 0 – 43 SSMP

SSYP1 5 – 17 EC

SMKTM 32 – 0 VI

KGV 19 – 12 SESMA

ARAS 68 – 0 SAS

SCKK 19 – 19 SEMASHUR

HOSBA 14 – 19 SSTMI

MCKK 48 – 0 INTEK

SMK ABI 41 – 0 SMAD

SHOAW 41 – 0 RMC

STAR 0 – 55 THOR

KE VII 5 – 22 SSMP

ART 5 – 17 SSA

SSYP1 19 – 7 VI

SMKTM 17 – 19 EC