RAGBI MCKK PREMIER 7S (P7s) EDISI KE-11 – MCKK TEPATI RAMALAN RAIH KEMENANGAN PERTAMA

Tuan rumah MCKK bangkit daripada ketinggalan 0-12 untuk menewaskan SMK ABI 19-12 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s Edisi Ke-11.
KUALA KANGSAR (29 Sept) – Tuan rumah Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menepati ramalan walaupun terpaksa berhempas-pulas sebelum dapat menjinakkan Sekolah Menengah Kebangsaan ABI (SMK ABI) 19-12 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C di Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s (P7s) edisi ke-11 di padang MCKK di sini hari ini.
MCKK yang juga bekas juara pada 2013 menerima kejutan apabila ketinggalan 0-12 pada aksi babak pertama selepas SMK ABI melakukan dua try dan satu conversion.
Namun pada babak kedua, MCKK yang mendapat sokongan padu penyokong bangkit menguasai permainan apabila memperoleh tiga try dan dua conversion untuk mengutip 19 mata.
Jurulatih MCKK, Mohd Romli Saad berkata, dia terkejut dengan aksi awal pemainnya yang seperti kehilangan punca hingga lawan mendahului 12-0.
"Pada babak kedua saya nasihatkan pemain untuk fokus dan cuba bangkit untuk menang.
"Alhamdulillah mereka bermain cemerlang untuk merakamkan kemenangan 19-12," ujarnya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.
Dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A pula, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga (ARAS) mudah menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan King George V (KGV) 36-0.
Aksi berat sebelah menyaksikan ARAS mendominasi saingan ketika pemain KGV tidak mampu bersaing menandingi pasukan lawan.
Sementara itu dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Sekolah Menengah Kebangsaan HOSBA (HOSBA) tidak berdepan tugas getir apabila mudah mengalahkan Maktab Sabah Kota Kinabalu (SCKK) 41-5.
Dalam perlawanan Kumpulan D pula, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW) mudah mengetepikan cabaran Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) menerusi kemenangan 29-0.
Dalam aksi Kumpulan E, Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII (KE VII) tidak berdepan tugas mencabar apabila mudah mengatasi Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (ART) 17-7.
Dalam aksi Kumpulan F pula, Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas (SMKTM) bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 (SSYP1) 17-15.
Sebanyak 24 pasukan menyertai Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s (P7s) edisi ke-11 yang berlangsung hari ini sehingga Ahad.
Keputusan akhir hari pertama:
KGV 0 – 36 ARAS
SCKK 5 – 41 HOSBA
MCKK 19 – 12 SMK ABI
SHOAW 29 – 0 STAR
KE VII 17 – 7 ART
SSYP1 15 – 17 SMKTM
(Related stories)
All stories
September 23, 2026
108 TEAMS WILL ENTERTAIN MALAYSIA'S LARGEST RUGBY CARNIVAL

September 11, 2026
DASHING LAUNCHES DASHING TALENT SCHOLARSHIP 2026 TO UNCOVER YOUNG FOOTBALL TALENT THROUGHOUT MALAYSIA

July 22, 2026