Skip to content
● Newsroom — (Newsroom)

Peraturan Diperkenal Bagi Memastikan Program Pembangunan Berjalan

Peraturan Diperkenal Bagi Memastikan Program Pembangunan Berjalan

KUALA LUMPUR (26 OKTOBER 2018) : Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM)

menerusi Pengurus Pertandingan, Brian Fernandez hari ini menjelaskan tujuan sebenar peraturan

baru yang diperkenalkan bagi Kejohanan TNB Piala Tun Abdul Razak 2018 yang berlangsung di Stadium

Hoki Nasional Bukit Jalil iaitu hanya membenarkan empat pemain jemputan beraksi bersama

sesebuah pasukan adalah bagi memastikan setiap negeri menjalankan program pembangunan

sekaligus dapat membantu mereka mempunyai pola pemain yang ramai.Untuk makluman Jawatankuasa Pertandingan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden KHM, En,

George Koshy dan ahli-ahli yang berada di bawah jawatankuasa tersebut merupakan wakil daripada

negeri selain itu jawatankuasa ini juga turut menitikberatkan soal pembangunan di mana ia juga

menjadi misi KHM untuk memastikan program akar umbi berjalan seiring agar setiap negeri dapat

melahirkan pemain yang hebat.

Brian yang dihubungi hari ini memberitahu bahawa Jawatankuasa Pertandingan KHM telah

menetapkan setiap negeri perlu mendaftar pemain yang dilahirkan di negeri tersebut di mana

peraturan ini telah lama dipraktikan cuma pembaharuan yang diperkenalkan tahun ini adalah setiap

negeri hanya dibenarkan untuk mendapatkan khidmat empat pemain sahaja yang lahir di negeri lain

dan peraturan tersebut telah dipersetujui.

“Peraturan telah lama dibuat di mana setiap negeri perlu mendaftarkan pemain yang lahir di negeri

asal dan mereka boleh mendapatkan khidmat pemain daripada negeri lain dengan syarat negeri

tersebut melepaskan pemain mereka untuk beraksi bagi negeri lain.

“Berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan telah dipersetujui,

peraturan baru iaitu hanya membenarkan empat pemain diimport dari negeri lain diperkenalkan

adalah untuk memastikan setiap negeri melakukan program pembangunan dengan sebaik mungkin.

“Jika program pembangunan dijalankan mereka akan mempunyai pola pemain yang ramai dan tidak

timbul masalah untuk mendaftarkan pemain bagi menyertai kejohanan.

“Selain daripada itu semua sedia maklum bahawa kini setiap negeri mempunyai liga negeri yang

bertujuan untuk mengcungkil bakat pemain yang ada di negeri mereka maka seharusnya negeri-negeri

ini mempunyai pola pemain yang ramai untuk mewakili negeri masing-masing,” jelas Brian.

Ketika pendaftaran awal dibuat, sebanyak 15 pasukan telah mendaftar dan tiga daripadanya menarik

diri menjadikan kini 12 pasukan bersaing bagi kategori lelaki di Piala Tun Abdul Razak 2018.

Ketika ditanya adakah kerana peraturan baru yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan

menyebabkan tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis menarik diri daripada menyertai

pertandingan tahun ini, Brian berpendapat ada kemungkinan tiga negeri tersebut menarik diri kerana

peraturan tersebut.

“Saya berpandangan ada kenungkinan besar Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis terpaksa menarik diri

daripada menyertai kejohanan tahun ini kerana peraturan yang telah ditetapkan dan kemungkinan

mereka tidak dapat mencari pemain untuk melengkapkan senarai pemain yang menyebabkan mereka

terpaksa menarik diri,” jelasnya lagi.

TNB Piala Tun Abdul Razak 2018 telah membuka tirai hari ini dan dijadualkan tamat pada 3 November

2018.