IRAN MUNCUL PENDAHULU KEJOHANAN KARATE ASIA KE-19

Iran mendahului kutipan pingat pada hari kedua Kejohanan Karate Asia ke-19 di Melaka, manakala skuad negara gagal menambah pingat selepas lima atlet tersingkir awal.
MELAKA (22 Julai): Iran muncul pendahulu dalam senarai pungutan pingat pada hari kedua Kejohanan Karate Asia ke-19 yang berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini.
Pasukan karate negara itu muncul pendahulu selepas meraih dua emas dan tiga gangsa, keseluruhannya lima pingat.
Dua pingat emas disumbangkan menerusi Benham Dehgazadeh dalam acara kumite lelaki 55 kilogram (kg) dan Atousa Golshadnezhad bagi kumite wanita 61kg.
Kazakhstan pula mengekori rapat Iran di tangga kedua dengan meraih satu emas, satu perak dan dua gangsa.
Sofya Berultseva menyumbang pingat emas tunggal buat Kazakhstan dalam acara kumite wanita 68kg, manakala pasukan pilihan Jepun berada di tangga ketiga dengan satu emas dan satu perak setakat ini.
Sementara itu, pasukan Malaysia berada di tangga ketujuh daripada 13 negara yang setakat ini berjaya meraih pingat.
Dua pingat gangsa negara yang diraih semalam disumbangkan S. Prem Kumar bagi acara kumite lelaki 55kg dan Zakiah Adnan dalam kumite wanita bawah 61kg.
Bagaimanapun, skuad karate negara terus kemarau pingat pada hari kedua kejohanan hari ini apabila kesemua lima atlet yang menjadi sandaran terkandas lebih awal.
Mereka ialah H. Sureeya Sankar (kumite lelaki -60kg), Muhammad Arif Afifuddin (kumite lelaki 84kg), K. Gnanasekaran (kumite lelaki +84kg), M. Poovanesan (kumite wanita -55kg) dan Amirah Syahirah Azalan (kumite wanita -68kg).
Lebih mengecewakan, pemenang pingat emas dan perak Sukan SEA Kemboja 2023, Sureeya Sankar gagal mara ke peringkat seterusnya apabila tewas kepada atlet karate dari Thailand, Muekthong Siwakon dalam kategori kumite lelaki -60kg.
Walaupun Sureeya dan Muekthong terikat dengan keputusan seri 5-5, pengadil memberikan kemenangan kepada atlet dari Thailand berdasarkan kutipan mata awal.
"Saya amat kecewa atas kegagalan ini walaupun terikat dengan keputusan seri 5-5, kemenangan memihak kepada atlet dari Thailand.
"Hari ini saya kurang cergas disebabkan demam dan ia sedikit menjejaskan tumpuan saya," ujarnya ketika ditemui selepas tamat aksi di sini hari ini.
Pada pusingan awal, Sureeya tidak menghadapi masalah menewaskan peserta dari Indonesia, Ari Sapura menerusi kemenangan 8-3.
Sementara itu, Muhammad Arif gagal melangkah ke separuh akhir apabila tunduk kepada Rikito Shimada dari Jepun dengan keputusan 4-6 di peringkat suku akhir.
Amirah Syahirah yang bertanding bagi kategori kumite wanita -68kg pula tunduk kepada Chao Jou dari Taiwan dengan keputusan 3-4.
Gnanasekaran pula gagal menandingi kehebatan atlet karate dari Thailand, Kangtonh Teerawat apabila tewas 3-6 bagi kategori kumite lelaki +84kg.
Manakala Poovanesan yang bertanding bagi kumite wanita -55kg pula tunduk kepada Kodo Rina dari Jepun dengan keputusan 4-10.
(Related stories)
All stories
September 23, 2026
108 TEAMS WILL ENTERTAIN MALAYSIA'S LARGEST RUGBY CARNIVAL

September 11, 2026
DASHING LAUNCHES DASHING TALENT SCHOLARSHIP 2026 TO UNCOVER YOUNG FOOTBALL TALENT THROUGHOUT MALAYSIA

July 22, 2026