CAHYA MATA SARAWAK BERHAD JALIN KERJASAMA DENGAN PERSEKUTUAN OLAHRAGA MALAYSIA MEMARTABATKAN SUKAN OLAHRAGA

Cahya Mata Sarawak Berhad menjalinkan kerjasama dengan Persekutuan Olahraga Malaysia (MAF) melalui tajaan RM5 juta selama tiga tahun dari 2023 hingga 2025.
Petaling Jaya, Selangor (Rabu, 25 Oktober 2023) – Cahya Mata Sarawak Berhad (Cahya Mata) hari ini menjalinkan kerjasama dengan Persekutuan Olahraga Malaysia (MAF) serta mengumumkan perkongsian strategik dan memeterai perjanjian penajaan antara kedua-dua belah pihak.
Melalui perjanjian tersebut, Cahya Mata menjanjikan tajaan sebanyak RM5 juta kepada MAF selama tiga tahun berkuatkuasa dari 2023 hingga 2025.
Kerjasama itu memberi fokus kepada program pembangunan sukan olahraga dan akar umbi serta mempromosikan sukan itu di Malaysia.
Cahya Mata begitu komited ke arah kesejahteraan holistik atlet negara dengan memberi penekanan kepada peningkatan fizikal dan mental.
Perkongsian strategik antara kedua-dua pihak bakal dilengkapi dengan sumber, latihan dan sokongan diperlukan dalam usaha memperkasakan kerjaya atlet negara.
Secara tidak langsung ini akan memastikan mereka lebih berdaya saing dan berada pada kedudukan yang terbaik dalam landskap sukan di peringkat antarabangsa yang lebih luas.
Melalui penajaan tersebut yang menyediakan kemudahan terkini dan jurulatih berpengalaman, MAF kini bersedia untuk memastikan atlet mencapai prestasi antarabangsa selain memupuk persekitaran yang membolehkan mereka mencapai kecemerlangan.
Matlamat utama adalah untuk membantu atlet muncul selaku juara di peringkat antarabangsa sekali gus memartabatkan sukan olahraga di pentas global.
Prinsip utama Cahya Mata adalah memastikan kesejahteraan rakyat hingga ke akar umbi, keselamatan, tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan penjagaan alam sekitar.
Hari ini Cahya Mata menambah satu lagi pencapaian penting apabila memberikan sokongan padu kepada atlet tempatan melalui kerjasama dengan MAF.
MAF bertapak sejak 1906 dan menjadi ahli gabungan Majlis Sukan Negara (MSN) sejak 1998. Persatuan itu telah memainkan peranan penting dalam pembangunan atlet Malaysia selama ini.
Buktinya atlet olahraga negara menyerlah pada temasya Sukan Asia di Hangzhou, China baru-baru ini apabila kontinjen olahraga Malaysia meraih tiga pingat.
Justeru, perkongsian strategik antara Cahya Mata dan MAF bertujuan seperti berikut:
Kesejahteraan atlet juara: Mengutamakan kesejahteraan seluruh atlet dan memupuk pendekatan menyeluruh terhadap sukan dan kesihatan.
Memperkasakan kewangan dan sumber: Kedua-dua entiti ini berazam untuk memberi perhatian kepada kewangan dan mengekalkan atlet berbakat selain mendorong mereka mencapai kemuncak dalam kerjaya masing-masing.
Mempromosikan kepimpinan dan perwatakan: Memberi penekanan kepada kualiti kepimpinan dan pembangunan sahsiah dalam diri atlet bagi membolehkan mereka mengekalkan profesionalisme serta penguasaan sepanjang kerjaya.
Melatih dan mendidik atlet muda: Cahya Mata dan MAF membayangkan masa depan atlet muda olahraga dapat dikenal pasti lebih awal dan dipupuk ke arah kerjaya sukan profesional.
Pengerusi Kumpulan Cahya Mata, Jeneral (B) Tan Sri Dato' Seri (Dr) Mohd Zahidi Haji Zainuddin berkata: "Perkongsian ini mencerminkan kepercayaan kami terhadap potensi atlet Malaysia. Komitmen kami adalah untuk memastikan bakat mereka dapat dimanfaatkan dalam melonjakkan prestasi demi mencapai kejayaan di pentas antarabangsa dan memperkasakan pencapaian Malaysia dalam sukan olahraga."
Visi utama Cahya Mata dan MAF adalah sangat jelas, iaitu untuk memartabatkan sukan olahraga Malaysia secara keseluruhan dan menjanjikan atlet mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang perjalanan karier mereka.
Cahya Mata Sarawak Berhad (Cahya Mata) ialah sebuah syarikat terkemuka yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia.
Selepas 49 tahun menyumbang kepada landskap Sarawak dan Malaysia yang sentiasa berubah, kami kini mengembangkan kehadiran kami ke pentas global. Logo baharu kami merangkumi komitmen kami untuk menjadi sebuah syarikat multinasional yang semakin berkembang.
Direkabentuk dalam set krom tiga dimensi pada asas hitam tebal, ia memacu kami untuk sentiasa berinovasi, menyumbang kepada penambahbaikan alam sekitar dan tadbir urus.
Kami diperkuatkan dengan kakitangan kami yang sentiasa berazam untuk memberikan kecemerlangan dalam menjaga alam sekitar, masyarakat dan pihak berkepentingan.
Prinsip asas dan nilai kami kekal, sementara kami terus berkembang menjadi lebih berani, kukuh dan telus.
Dengan sikap profesional yang seiring dengan denyut nadi Cahya Mata, kami kini menumpukan pada perkongsian, menyumbang pengetahuan dan kemahiran kami untuk membina masa depan yang lebih baik untuk semua pihak.
(Related stories)
All stories
September 23, 2026
108 TEAMS WILL ENTERTAIN MALAYSIA'S LARGEST RUGBY CARNIVAL

September 11, 2026
DASHING LAUNCHES DASHING TALENT SCHOLARSHIP 2026 TO UNCOVER YOUNG FOOTBALL TALENT THROUGHOUT MALAYSIA

July 22, 2026