388 ATLET KARATE TERBAIK ASIA BERENTAP DI KEJOHANAN KARATE ASIA KE-19 BERMULA ESOK

Seramai 388 atlet dari 32 negara akan bersaing di Kejohanan Karate Asia ke-19 di MITC, Melaka dari 21 hingga 23 Julai, dengan juara bertahan Jepun menjadi pilihan.
MELAKA 20 Julai – Juara tahun lalu Jepun menjadi pasukan pilihan apabila mempertaruhkan 23 atlet pada Kejohanan Karate Asia ke-19 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, bermula esok hingga Ahad ini.
Pasukan itu menjadi pilihan utama berdasarkan kejayaan muncul juara keseluruhan kejohanan yang sama di Uzbekistan pada Disember tahun lalu apabila meraih lapan emas, dua perak dan tiga gangsa.
Jordan yang menjadi pencabar utama pula mempertaruhkan 11 atlet karate, diikuti Kazakhstan dengan 19 atlet terbaik mereka.
Malaysia selaku tuan rumah pula mempertaruhkan seramai 16 atlet yang bertanding dalam 16 daripada 17 kategori yang dipertandingkan sepanjang tiga hari kejohanan berlangsung.
Antara atlet negara yang menjadi pertaruhan ialah Zakiah Adnan (kumite wanita 61kg), Muhammad Arif Afifuddin (kumite lelaki 84kg), Amirah Syahirah Azalan (kumite wanita 68kg), C. Shahmalarani (kumite wanita 50kg) dan Muhammad Aiqal Asmadie (kata lelaki).
Tumpuan pada kejohanan kali ini sudah pastinya terarah kepada tiga atlet iaitu Kakeru Nishiyama dari Jepun, Assel Kanay (Kazakhstan) dan Abdel Rahman Almasatfa (Jordan) yang akan mempertahankan pingat emas yang mereka menangi dalam acara masing-masing pada edisi lalu.
Sebanyak 17 kategori dipertandingkan, iaitu 11 kategori individu lelaki dan wanita dalam acara Kata dan Kumite mengikut kelas berat masing-masing dan enam kategori berpasukan Kata dan Kumite lelaki dan wanita.
Sebanyak 32 negara mengambil bahagian membabitkan 388 atlet karate. Dalam pada itu, Kejohanan Karate Para Asia edisi ke-2 juga akan berlangsung serentak sempena Kejohanan Karate Asia itu.
Lebih menarik, majlis perasmian esok akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pukul 4.00 petang. Majlis tersebut turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abd Halim.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Wira Nur Azmi Ahmad berkata, MAKAF berterima kasih kepada Persekutuan Karate Asia (AKF) dan Persekutuan Karate Dunia (WKF) di atas kepercayaan untuk mengadakan kejohanan ini di Melaka.
Menurutnya, kejohanan itu amat penting buat 16 atlet karate negara sebagai penanda aras bagi menghadapi Kejohanan Karate Dunia di Budapest, Hungary, Oktober ini.
"Penganjuran kali ini bukan sahaja akan mendatangkan keterujaan dan persaingan yang hebat di antara atlet terhebat daripada pelbagai negara Asia.
"Malah ia akan menjadi sebuah platform mempromosikan budaya, warisan dan semangat kesukanan dalam kalangan peminat yang bertanding," ujarnya.
(Related stories)
All stories
September 23, 2026
108 TEAMS WILL ENTERTAIN MALAYSIA'S LARGEST RUGBY CARNIVAL

September 11, 2026
DASHING LAUNCHES DASHING TALENT SCHOLARSHIP 2026 TO UNCOVER YOUNG FOOTBALL TALENT THROUGHOUT MALAYSIA

July 22, 2026