SSTMI AND MCKK LEAD THE CHARGE IN THRILLING MCKK RUGBY PREMIER 7S QUARTERFINALS
September 30, 2023SELANGOR’S ARAS CLAIMS VICTORY IN MCKK RUGBY PREMIER 7S 2023 CHAMPIONSHIP FINAL
October 1, 2023KUALA KANGSAR (1 Oktober) – Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga (ARAS) dari Selangor muncul juara baharu Kejohanan Ragbi MCKK Primer 7s (P7s) 2023 Edisi Ke-11 selepas menewaskan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) 24-0 dalam perlawanan akhir kategori Cup di padang Kolej Melayu Kuala Kangsar di sini hari ini.
Cukup jelas ARAS bukan lawan sebenar buat SSMP yang tidak berupaya mengekang serangan demi serangan diatur lawan sejak dari babak bermula. Wakil dari Selangor itu sukar digugat apabila memperoleh dua try dan satu conversion pada babak pertama untuk mendahului SSMP 12-0.
Sebaik babak kedua bermula SSMP langsung tidak berpeluang untuk melakukan serangan bagi menyaingi lawan untuk mendapatkan try.
Sebaliknya, barisan pemain ARAS terus cemerlang pada babak kedua apabila memperoleh dua try dan satu conversion untuk menamatkan saingan dengan keputusan 24-0.
Lebih manis dua pemain ARAS Anas Zulkarnain Mizan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir manakala Wan Danial Syazwan Wan Zulkifli pula dianugerahkan Pemain Terbaik Kejohanan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.
Sementara itu dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat pula dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn (THOR) apabila menewaskan juara 2020, Maktab Sultan Abu Bakar (EC) 19-12.
Terdahulu dalam saingan separuh akhir SSMP melangkah ke final selepas mudah menundukkan THOR 24-15 berdepan ARAS yang menewaskan EC 43-0 dalam aksi separuh akhir kedua.
Dalam aksi final kategori Plate pula, pasukan pilihan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) muncul juara selepas mengalahkan tuan rumah MCKK 20-12.
SSTMI yang turun selaku juara empat kali kejohanan ini pada 2011, 2012, 2016 dan 2017 terkandas di suku akhir apabila tunduk 0-24 kepada SSMP.
Nasib yang serupa dialami MCKK turut disekat di suku akhir oleh EC yang menang dengan keputusan 7-20.
Sementara itu bagi final kategori Bowl pula Sekolah Menengah Kebangsaan HOSBA (SMKH) muncul juara selepas menundukkan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 (SSYP1) 35-5.
Dalam final kategori Shield pula Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman (ART) muncul juara selepas menewaskan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dengan keputusan 17- 5.
Sebanyak 24 pasukan menyertai Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s (P7s) Edisi Ke-11 termasuk dua pasukan luar negara iaitu Shizuoka Seiko Academy dari Jepun dan Sekolah Menengah Agama Darunnajah (SMAD) dari Jakarta, Indonesia.
KEPUTUSAN AKHIR HARI KETIGA
FINAL (CUP)
ARAS (24 – 00) SSMP
TEMPAT KETIGA/KEEMPAT
THOR (19 – 12) EC
SEPARUH-AKHIR (CUP)
THOR (15 – 24) SSMP
ARAS (43 – 00) EC
SUKU-AKHIR (CUP)
THOR (45 – 00) SMK TM
SSMP (24 – 00) SSTMI
FINAL (SHIELD)
ART (17 – 05) STAR
SEPARUH-AKHIR (SHIELD)
RMC (00 – 27) ART
STAR (27 – 05) SMAD
FINAL (BOWL)
HOSBA (35 – 05) SSYP1
SEPARUH-AKHIR (BOWL)
SHOAW (10 – 35) HOSBA
SSA (12 – 14) SSYP1
FINAL (PLATE)
MCKK (12 – 20) SSTMI
SEPARUH-AKHIR (PLATE)
MCKK (31 – 00) SMK ABI
SMKTM (10 – 38) SSTMI
Dikeluarkan oleh ShekhinahPR bagi pihak MCOBA.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Zulkarnain
Shekhinah PR / 011 1182 6523
chris@shekhinah.my
Haresan
Shekhinah PR / 012 367 7874
sprcomms@shekhinah.my
Rahem
Shekhinah PR / 016 774 2830
rahemshah28@gmail.com
Helmy Had
MCOBA / 019 215 1965
helmyhad@mcoba.org
Munzir Fauzi
MCOBA / 019 232 7428
munzirfauzi@mcoba.org