MCKK TRIUMPHS IN THRILLING RUGBY SHOWDOWN AT 11TH EDITION OF THE MCKK P7S
September 29, 2023SSTMI AND MCKK LEAD THE CHARGE IN THRILLING MCKK RUGBY PREMIER 7S QUARTERFINALS
September 30, 2023KUALA KANGSAR – Juara empat kali Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) seperti yang diramalkan melangkah dengan bergaya dalam kelompok lapan pasukan terbaik ke peringkat suku akhir Cup Plate pada Kejohanan Ragbi MCKK Primer 7s (P7s) di padang Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di sini hari ini.
Tujuh pasukan lain yang layak berdasarkan ranking ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn (THOR), Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga (ARAS), Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Maktab Sultan Abu Bakar (EC), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW), Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas (SMKTM).
Dalam saingan suku akhir Cup Plate esok THOR yang menduduki ranking pertama kejohanan akan berdepan SHOAW, SSMP pula akan bertemu SSTMI, ARAS pula bertemu SMKTM dan tuah rumah MCKK pula berdepan EC.
SSTMI yang memburu gelaran kelima selepas menjulang kejuaraan pada 2011, 2012, 2016 dan 2017 menang ke semua perlawanan untuk mengungguli Kumpulan B mengutip sembilan mata walaupun menduduki ranking kelima keseluruhan.
Pasukan itu muncul juara Kumpulan B selepas menewaskan juara 2019 Sekolah Menengah Sains Selangor (SEMAHSUR) 10-7, Maktab Sabah Kota Kinabalu (SCKK) 45-0 dan Sekolah Menengah Kebangsaan HOSBA (SMK HOSBA) 19-14.
Tuan rumah MCKK turut melangkah ke suku akhir selepas muncul juara Kumpulan C turut menang ke semua perlawanan menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Abi (SMK ABI) 19-12, Sekolah Menengah Agama Darunajah (SMAD) dari Jakarta, Indonesia 43-5 dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (INTEK) 48-0.
ARAS menjuarai Kumpulan A mara ke sukur akhir selepas menang kesemua perlawanan menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan King George V (KGV) 36-0, Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) 38-5 dan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) 68-0.
SSMP pula menjuarai Kumpulan E menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (ART) 45-0, Sekolah Menengah King Edward VII (KE VII) 22-5 dan Shizuoka Seiko Academy (SSA) 20-7.
Juara 2020 EC dari Johor Bahru pula menjuarai Kumpulan F layak secara automatik ke suku akhir selepas mengalahkan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (VI) 34-0, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 (SSYP1) 17-5 dan SMKTM 19-17.
Perlawanan akhir Cup Plate dijadualkan berlangsung kira-kira pukul 5.15 petang esok (Ahad). Turut berlangsung saingan suku akhir kategori Bowl dan kategori Shield.
KEPUTUSAN AKHIR HARI KEDUA
SESMA [ 29 – 78 ]
SEMASHUR [ 7 – 10 ]
INTEK [ 30 – 7 ] SMAD
RMC [ 0 – 40 ] THOR
SSMP [ 20 – 7 ] SSA
VI [ 0 – 34 ] EC
KGV [ 19 – 0 ] SAS
ARAS [ 38 – 5 ] SESMA
SCKK [ 0 – 45 ] SSTMI
SMK HOSBA [ 7 – 12 ] SEMASHUR
MCKK [ 43 – 5 ] SMAD
SMK ABI [ 40 – 14 ] INTEK
SHOAW [ 0 – 60 ] THOR
STAR [ 29 – 0 ] RMC
KE VII [ 7 – 12 ] SSA
SAS ART [ 0 – 43 ] SSMP
SSTMI SSYP1 [ 5 – 17 ] EC
SMKTM [ 32 – 0 ] VI
KGV [ 19 – 12 ] SESMA
ARAS [ 68 – 0 ] SAS
SCKK [ 19 – 19 ] SEMASHUR
SMK HOSBA [ 14 – 19 ] SSTMI
MCKK [ 48 – 0 ] INTEK
SMK ABI [ 41 – 0 ] SMAD
SHOAW [ 41 – 0 ] RMC
STAR [ 0 – 55 ] THOR
KE VII [ 5 – 22 ] SSMP
ART [ 5 – 17 ] SSA
SSYP1 [ 19 – 7 ] VI
SMKTM [ 17 – 19 ] EC
Dikeluarkan oleh ShekhinahPR bagi pihak MCOBA.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Zulkarnain
Shekhinah PR / 011 1182 6523
chris@shekhinah.my
Haresan
Shekhinah PR / 012 367 7874
sprcomms@shekhinah.my
Rahem
Shekhinah PR / 016 774 2830
rahemshah28@gmail.com
Helmy Had
MCOBA / 019 215 1965
helmyhad@mcoba.org
Munzir Fauzi
MCOBA / 019 232 7428
munzirfauzi@mcoba.org