MCKK PREMIER 7S’ TOURNAMENT RETURN AFTER TWO YEAR HIATUS
September 20, 2023MCKK TRIUMPHS IN THRILLING RUGBY SHOWDOWN AT 11TH EDITION OF THE MCKK P7S
September 29, 2023KUALA KANGSAR (29 Sept) – Tuan rumah Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menepati ramalan walaupun terpaksa berhempas-pulas sebelum dapat menjinakkan Sekolah Menengah Kebangsaan Abi (SMK ABI) 19-12 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C di Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s (P7s) edisi ke-11 di padang MCKK di sini hari ini.
MCKK yang juga bekas juara pada 2013 menerima kejutan apabila ketinggalan 0-12 pada aksi babak pertama selepas SMK ABI melakukan dua tries dan satu conversion.
Namun pada babak kedua MCKK yang mendapat sokongan padu penyokong bangkit menguasai babak kedua apabila memperolehi tiga tries dan dua conversion untuk mengutip 19 mata.
Jurulatih MCKK, Mohd. Romli Saad berkata, dia terkejut dengan aksi awal pemainnya seperti kehilangan punca hingga lawan mendahului 12-0.
“Pada babak kedua saya nasihatkan pemain untuk fokus dan cuba bangkit untuk menang.
“Alhamdulillah mereka bermain cemerlang untuk merakamkan kemenangan 19-12,” ujarnya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.
Dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A pula Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga (ARAS) mudah menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan King George V (KGV) 36-0.
Aksi berat sebelah menyaksikan ARAS mendominasi babak saingan ketika pemain KGV tidak mampu bersaing menandingi pasukan lawan.
Sementara itu dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B pula Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba (SMKH) tidak berdepan tugas getir apabila mudah mengalahkan Maktab Sabah Kota Kinabalu (SCKK) 41-5.
Dalam perlawanan Kumpulan D pula Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW) mudah mengetepikan cabaran Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) menerusi kemenangan 29-0.
Sementara itu dalam aksi Kumpulan E pula Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII (KEVII) tidak berdepan tugas mencabar apabila mudah mengatasi Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (ART) 17-7.
Dalam aksi Kumpulan F pula Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas (SMKTM) bangkit dari ketinggalan menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 (SSYP1) 17-15.
Sebanyak 24 pasukan menyertai Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s (P7s) edisi ke-11 yang berlangsung hari ini sehingga Ahad.
KEPUTUSAN AKHIR HARI PERTAMA
KGV [ 0 – 36 ] ARAS
SCKK [ 5 – 41 ] SMK HOSBA
MCKK [ 19 – 12 ] SMK ABI
SHOAW [ 29 – 0 ] STAR
KE VII [ 17 – 7 ] ART
SSYP1 [ 15 – 17 ] SMKTM
Dikeluarkan oleh ShekhinahPR bagi pihak MCOBA.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Zulkarnain
Shekhinah PR / 011 1182 6523
chris@shekhinah.my
Haresan
Shekhinah PR / 012 367 7874
sprcomms@shekhinah.my
Rahem
Shekhinah PR / 016 774 2830
rahemshah28@gmail.com
Helmy Had
MCOBA / 019 215 1965
helmyhad@mcoba.org
Munzir Fauzi
MCOBA / 019 232 7428
munzirfauzi@mcoba.org