IRAN EMERGES AS THE TRAILBLAZER IN THE 19TH ASIAN KARATE CHAMPIONSHIP
July 22, 2023MAKAF UMUM ENAM ATLET KARATE KE SUKAN ASIA HANGZHOU
July 22, 2023MELAKA (22 Julai): Iran muncul pendahulu dalam senarai punggutan pingat pada hari kedua Kejohanan Karate Asia ke-19 berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini.
Pasukan karate negara itu muncul pendahulu selepas meraih dua emas dan tiga gangsa serta keseluruhan meraih lima pingat.
Dua pingat emas disumbangkan menerusi Benham Dehgazadeh dalam acara kumite lelaki 55 kilogram (kg) dan Atousa Golshadnezhad bagi kumite wanita 61 kg.
Kazakhstan pula mengekori rapat Iran apabila berada di tangga kedua dengan meraih satu emas, satu perak dan dua gangsa.
Sofya Berultseva menyumbang pingat emas tunggal buat Kazakhstan dalam acara kumite wanita 68kg manakala pasukan pilihan Jepun berada di tangga ketiga meraih satu emas dan satu perak setakat ini.
Sementara itu pasukan Malaysia pula berada di tangga ketujuh daripada 13 negara yang setakat ini berjaya meraih pingat.
Dua pingat gangsa negara yang diraih semalam disumbangkan S. Prem Kumar bagi acara kumite lelaki 55kg dan Zakiah Adnan dalam kumite wanita bawah 61kg.
Sementara itu skuad karate negara terus kemarau kutipan pingat pada hari kedua Kejohanan Karate Asia ke-19 di MITC, Ayer Keroh di sini hari ini. Lima atlet yang menjadi sandaran kesemuanya terkandas lebih awal daripada meneruskan kemaraan ke peringkat akhir.
Mereka ialah H. Sureeya Sankar (kumite lelaki -60kg), Muhammad Arif Afifuddin (kumite lelaki 84kg), K. Gnanasekaran (kumite lelaki +84kg), M. Poovanesan (kumite wanita -55kg) dan Amirah Syahirah Azalan (kumite wanita -68kg).
Lebih mengecewakan pemenang pingat emas dan perak Sukan SEA Kemboja 2023, Sureeya Sankar tersingkir ke peringkat seterusnya apabila tewas kepada atlet karate dari Thailand, Muekthong Siwakon bagi kategori Kumite lelaki -60 kilogram (kg).
Walaupun Sureeya dan Muekthong terikat dengan keputusan seri 5-5 namun pengadil memberikan kemenangan kepada atlet dari Thailand berdasarkan kutipan mata awal.
“Saya amat kecewa atas kegagalan ini walaupun terikat dengan keputuan seri 5-5 kemenangan memihak kepada atlet dari Thailand.
“Hari ini saya kurang cergas disebabkan demam dan ia sedikit menjejaskan tumpuan saya,” ujarnya ketika ditemui selepas tamat aksi di sini hari ini.
Pada pusingan awal Sureeya tidak menghadapi masalah menewaskan peserta dari Indonesia, Ari Sapura menerusi kemenangan 8-3.
Sementara itu Muhammad Arif gagal melangkah ke separuh akhir apabila tunduk kepada Rikito Shimada dari Jepun dengan keputusan 4-6 di peringkat suku akhir.
Amirah Syahirah yang bertanding bagi kategori kumite wanita -68kg pula tunduk kepada Chao Jou dari Taiwan dengan keputusan 3-4.
Gnanasekaran pula gagal menandingi kehebatan atlet karate dari Thailand, Kangtonh Teerawat apabila tewas 6-3 bagi kategori kumite lelaki +84kg.
Manakala Poovanesan yang bertanding bagi kumite wanita -55kg pula tunduk kepada Kodo Rina dari Jepun dengan keputusan 10-4.
Dikeluarkan oleh ShekhinahPR bagi pihak Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF). Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:-
Christopher Raj
ShekhinahPR / 012-216 1881
chris@shekhinah.my
Zulkarnain
ShekhinahPR / 011-1182 6523
zulkarnain@shekhinah.my