Final Piala TNB 2020: UniKL dan THT Pasang Strategi Tersendiri Buru Kejuaraan
February 22, 2020MCKK off to a flyer at MCKK 7’s
February 28, 2020KUALA LUMPUR, 25 Februari: Selepas saingan TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL) melabuhkan tirai secara rasmi Sabtu lalu, tumpuan peminat sukan hoki di Malaysia pastinya terarah kepada siapakah pemain yang berjaya mencuri hati pengendali negara, Roelant Oltmans untuk disenaraikan dalam barisan pemain kebangsaan bagi tahun 2020.
Menerusi satu sidang media yang dijalankan hari ini di BilikMesyuarat Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Stadium Hoki Nasional Bukit Jalilyang dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Dato’Ahmad Najmi Abd Razak, Pengendali Skuad Kebangsaan, Roelant Oltmans dan Penolong Jurulatih, Muhammad Amin Rahim serta Nasihin Nubli Ibrahim, satu senarai 34 pemain telah diumumkan bagi mengikuti kem latihan pusat di mana pemain-pemain ini perlu membuktikan mereka adalah yang terbaik untuk berada di dalam senarai pemain kebangsaan tahun 2020.
Pemain-pemain ini akan mula menjalani sesi latihan pada Isnin, 2 Mac. 2020 dan mereka akan dinilai selama tiga minggu oleh jurulatih negara sebelum tersenarai sebagai 25 pemain kebangsaan selain Jurulatih Roelant akan turut menambah tiga lagi pemain untuk turut sama menjalani latihan bersama pasukan Malaysia.
Ini sekaligus menyaksikan senarai pemain yang akan menggalas tugas di Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak yang akan berlangsung pada 11 hingga 18 April 2020 hanya akan diketahui pada penghujung bulan Mac dengan sasaran yang diletakkan oleh KHM ialah skuad negara melangkah ke perlawanan akhir.
Menerusi senarai yang diumumkan, nyata beberapa pemain muda serta 11 muka baru diberikan peluang untuk membuktikan kemampuan mereka dengan 16 pemain yang dipanggil merupakan mereka yang beraksi bersama kelab Tenaga Nasional Berhad (TNB), lapan pemain daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL), lima pemain daripada Terengganu Hockey Team (THT), empat lagi daripada Maybank dan seorang pemain Hockademy KL.
Dalam senarai tersebut juga menyaksikan sesi latihan yang akan bermula tidak lama lagi akan memperlihatkan kelibat empat penjaga gol, 10 pemain di bahagian pertahanan, lapan pemain di bahagian tengah dan 12 pemain penyerang.
Pengendali negara, Roelant turut menjelaskan dalam sidang media tersebut beberapa perkara perlu dilepasi oleh pemain jika mereka ingin berada dalam senarai 28 pemain termasuk adalah mereka cukup bersedia untuk menyaingi pemain utama yang sedia ada di dalam pasukan.
“Dalam tempoh tiga minggu penilaian, 11 muka baru perlu menunjukkan potensi sebenar mereka untuk bersaing di pentas antarabangsa dan perkara tersebut juga akan dinilai.
“Disamping pemain utama yang sedia ada di dalam pasukan, adakah pemain-pemain baru ini telah bersedia untuk beraksi bersama pemain utama atau mereka memerlukan lebih banyak masa.
“Ada tiga perkara utama yang akan menjadi penilaian untuk pemain yang telah dipanggil iaitu pertama adakah mereka telah bersedia secara fizikal untuk bermain di pentas antarabangsa.
“Mereka perlu melepasi ujian yang dijalankan dan mempunyai enam minggu untuk melakukan penambahbaikan selain mengenalpasti apakah jenis penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam tempoh enam minggu tersebut.
“Kedua adalah perlaksaan asas permainan hoki dan pada saya ia adalah salah satu perkara yang penting untuk diperbaiki kerana ia juga merupakan kesilapan yang paling mudah untuk dilakukan oleh pemain.
“Akhir sekali adalah penilaian dari segi teknikal dan ini merupakan tiga perkara penting yang akan dinilai pada pemain dalam minggu pertama latihan,” jelasnya.
Berikut merupakan senarai 34 pemain yang dipanggil menjalani kem latihan pusat:
Penjaga gol:
- Mohammad Hairi Abd Rahman (TNB)
- Adrian Andy Albert (UniKL)
- Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri (THT)
- Muhamad Zaimi Mat Deris (Maybank)
Pertahanan:
- Muhammad Razie Abd Rahim (UniKL)
- Muhammad Najmi Farizal Jazlan (UniKL)
- Muhammad Firdaus Omar (THT)
- Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran (THT)
- Muhammad Nur Asyraf Ishak (Maybank)
- Faiz Helmi Jali (TNB)
- Muhammad Najib Abu Hassan (TNB)
- Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan (TNB)
- Muhammad Aminudin Mohd Zain (TNB)
- Muhammad Arif Syafie Ishak (TNB)
Tengah:
- Muhammad Marhan Mohd Jalil (UniKL)
- Mohamad Ashran Hamsani (UniKL)
- Mohamad Faid Farhadh Mohamad Shah (UniKL)
- Meor Muhamad Azuan Hasan (Maybank)
- Abdul Khalid Hamirin (THT)
- Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi (TNB)
- Shello Silverius (TNB)
- Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad (TNB)
Penyerang:
- Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (UniKL)
- Muhamad Hafiz Zainol (UniKL)
- Muhammad Sufi Ismat Mr Rohulamin (THT)
- Muhammad Haziq Samsul (Maybank)
- Arif Sabron (Hockademy KL)
- Norsyafiq Sumantri (TNB)
- Muhammad Shahril Saabah (TNB)
- Firhan Ashaari (TNB)
- Mohamad Akhimullah Anuar Esook (TNB)
- Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (TNB)
- Muhammad Noor Firdaus Rosdi (TNB)
- Muhammad Amirul Hanif Mamat (TNB)