Team Malaysia at the FIA Motorsport Games
October 3, 2019Kuantan Synergy BC maintains 100% record
October 7, 2019KUALA LUMPUR (4 OKTOBER): Skuad hoki remaja bawah 21 tahun negara mahu pastikan mereka dapat raih kedudukan yang lebih baik menjelang kejohanan Piala Sultan Johor 2019 yang akan membuka tirai pada 12 Oktober depan.
Selepas menduduki tempat ke-5 pada edisi tahun lalu, jurulatih skuad remaja bawah 21 tahun negara, Nor Saiful Zaini Nasruddin percaya dengan kemampuan anak didiknya untuk memburu kedudukan tiga teratas dalam kejohanan yang menampilkan enam pasukan itu.
Keyakinan itu berdasarkan kepada prestasi semasa di samping kehadiran beberapa pemain yang memperkuatkan lagi pasukan terutamanya dua pemain dari skuad senior, Muhammad Arif Syafie Ishak dan Mohamad Akhimullah Anuar Esook.
“Hampir keseluruhan pemain dalam skuad ini masih boleh beraksi dalam kelayakan Piala Dunia Remaja 2021, pasukan ini lebih baik berbanding edisi tahun lalu.
“Mereka sudah beraksi bersama dalam satu tempoh yang panjang dan saya harap mereka mampu berikan tentangan kepada pasukan utama seperti Great Britain dan Australia,” jelas Nor Saiful Zaini.
Skuad negara akan harungi satu perlawanan pemanas badan menentang Great Britain pada 9 Oktober di Johor Bahru sebelum membuka cabaran dengan aksi pembukaan lawan India, tiga hari kemudian.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Prof. Dato’ Dr Shamala Subramaniam turut meletakkan keyakinan tinggi dengan skuad remaja bawah 21 tahun negara bagi buktikan kemampuan.
“Kami dapat membentuk satu pasukan yang amat baik untuk kejohanan Piala Sultan Johor kali ini, sudah pasti sebagai tuan rumah kami sentiasa mahu lakukan yang terbaik.
“Mereka akan menentang beberapa pasukan yang hebat, ia dapat memberikan gambaran kepada kami sejauh mana keberkesanan program pembangunan dengan matlamat utama untuk layak ke Piala Dunia Remaja 2021,” ujar Dr Shamala.
Piala Sultan Johor 2019 akan berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru dengan menampilkan pasukan Australia, Great Britain, India, Jepun, New Zealand di samping tuan rumah, Malaysia.
Berikut merupakan senarai 20 pemain yang disenaraikan oleh jurulatih, Nor Saiful Zaini untuk menghadapi kejohanan Piala Sultan Johor 2019:
Penjaga Gol:
Muhammad Hamiz Mohd Ahir
Che Shahrul Azmi Che Saupi
Pertahanan:
Muhammad Nur Asyraf Ishak
Muhammad Sulaiman Abdul Razak
Muhammad Fahmi Khalid
Muhammad Hafiz Mohd Zauri
Muhammad Amirul Hamizan Azhar
Syarman Mat Tee
Muhammad Arif Syafie Ishak
Pemain Tengah:
Iskandar Fareez Shah Zainal Abidin
Muhammad Hafizi Zainudin
Nasrul Shahkhir Sadikul
Shello Silverius
Muhammad Izham Azhar
Penyerang:
Mohamad Akhimullah Anuar Esook
Muhammad Shafiq Hassan
Muhammad Muhibuddin Moharam
Muhammad Amirul Haniff Mamat
Adam Aiman Mamat
Muhajir Abdu Rauf