TNBLHRM 2019: Enam Mata Dikumpul Oleh Empat Pasukan
June 23, 2019RSC pays tribute to 1972 Olympic football team with welfare fund
June 26, 2019Membuat penampilan kali terakhir bersama Malaysian Tigers ketika di Piala Dunia Bhubaneswar 2018, Nabil Fiqri Mohd Noor yang tidak berada di dalam senarai pemain kebangsaan bagi musim 2019 pada awalnya kembali dipanggil oleh pengendali Malaysian Tigers, Roelant Oltmans.
Nabil yang menerima tawaran untuk kembali bersama pasukan seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lalu mengakui terkejut apabila ditawarkan untuk kembali menyertai skuad kebangsaan.
Menganggap tawaran tersebut sebagai satu tanggungjawab untuknya, Nabil yang memasuki usia 33 tahun dan memiliki pengalaman 13 tahun beraksi di pentas antarabangsa bersama skuad kebangsaan bertekad untuk merebut kembali posisinya selaku pemain tengah.
“Apabila dipanggil sertai skuad kebangsaan semula, saya mengambil ia sebagai tanggungjawab kepada negara dan dengan hati yang terbuka untuk kembali menabur bakti kepada skuad kebangsaan.
“Hampir dua bulan saya tidak bersama skuad kebangsaan tidak berlatih bersama, jadi saya akan mengambil peluang sebulan yang tinggal sebelum ke Siri Jejalah Eropah sebagai medan untuk saya mendapatkan kembali rentak permainan serta meningkatkan lagi tahap kecergasan saya.
“Jika saya dipilih untuk bersama pasukan ke Siri Jelajah Eropah, saya akan menggunakan peluang yang diberikan untuk merebut kembali posisi saya.
“Bagi saya bersaing untuk merebut kembali posisi adalah satu pesaingan yang sihat dan sesiapa sahaja yang dipilih perlu untuk menggunakan peluang tersebut dengan sebaiknya.
“Untuk diri saya sendiri apabila saya kembali bersama pasukan kebangsaan, saya akan buktikan bahawa saya bersedia untuk mendapatkan kembali tempat saya,” jelasnya yang ditemui ketika sesi latihan semalam.
Nabil yang terlepas dua kejohanan pada tahun ini iaitu Piala Sultan Azlan Shah dan FIH Siri Akhir Lelaki Kuala Lumpur telah mengumpul 258 caps bersama skuad kebangsaan.