Siri Ujian: Malaysian Tigress Tewas Aksi Pertama
April 4, 2019Kian Meng-Pei Jing continues gallant run at CAMO 2019
April 5, 2019KUALA LUMPUR (5 April 2019): Sokongan padu diharapkan oleh beregu campuran, Tan Kian Meng- Lai Pei Jing yang muncul satu-satunya wakil negara yang terus membawa cabaran dalam peringkat separuh akhir Celcom Axiata Terbuka Malaysia 2019 esok selepas mereka menang di Axiata Arena, Bukit Jalil tadi.Kian Meng-Pei Jing layak selepas berjaya bangkit daripada ketinggalan di set pertama untuk menumpaskan lawan dari Indonesia, Tontowi Ahmad-Winny Oktavina Kandow 17-21 21-16 21-16 dalam masa 54 minit.
Di separuh akhir, Kian Meng-Pei Jing dijadualkan menentang lawan dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping yang merupakan pilihan kedua kejohanan.
Bercakap mengenai perlawanan tadi, Lai Pei Jing berkata, “Saya tidak terfikir boleh menang kerana pada awalnya nampak begitu sengit. Boleh nampak lawan mengawal keseluruhan gelanggang sehinggakan kami hilang rentak.”
“Di set kedua, saya mula mengubah fikiran dan mula menukar corak seperti servis dan sebagainya. Selepas itu, lawan nampak semakin hilang rentak dan memberikan peluang untuk kami mengutip mata demi mata sehingga akhirnya kemenangan memihak kami,”kata Pei Jing.
Sementara itu, pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying pula terkandas di suku akhir apabila tewas kepada pasangan China, Wang Yilyu-Huang Dongping.
Biarpun memberikan saingan yang cukup sengit namun Peng Soon-Liu Ying akur tewas 19-21 21-16 25-27 kepada lawan mereka dalam pertarungan set penentuan.
Peng Soon yang ditemui selepas perlawanan berkata, “Agak sayang tewas namun kami masih berpuas hati dengan persembahan yang kami tunjukkan tadi. Kami harap pada kejohanan selepas ini, kami akan dapat kekalkan persembahan untuk meraih kejayaan,”katanya.
Bagi pasangan Peng Soon, Liu Ying pula berpendapat, “Saya rasa dalam perlawanan ini, kami kalah kerana kebanyakan daripada mata yang diraih lawan adalah kerana kesilapan pukulan kami sendiri. Saya berpuas hati kerana taktikal, skill dan segalanya menjadi berbanding kejohanan sebelum ini,”ujar Liu Ying kepada media.
Antara pemain lain yang bakal membuat pertarungan dalam saingan peringkat separuh akhir esok adalah Lin Dan, Chen Long, Jonatan Christie, Shi Yuqi, Tai Tzu Ying, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda, Chen Qingchen-Jia Yifan dan ramai lagi.
Celcom Axiata Terbuka Malaysia 2019 berlangsung dari 2-7 April 2019 di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC) menawarkan wang tunai keseluruhan berjumlah USD 700,000.00.
Tiket dijual dengan lima kategori tempat duduk iaitu premium, lower, upper, VIP dan Superfan (untuk peminat merasai suasana yang lebih unik serta pengalaman lebih dekat dengan pemain, akses ke hospitaliti eksklusif Axiata Arena, poster rasmi yang ditandatangani pemain kebangsaan dan mendapat buku program). Ia boleh dibeli melalui laman sesawang http://www.myticket.asia dan di talian (+603-86050195) atau juga dibeli terus di venue semasa kejohanan ini berlangsung.
Keputusan pemain Malaysia yang beraksi hari ini (Suku akhir):
XD TAN Kian Meng-LAI Pei Jing mng Tontowi AHMAD-Winny Oktavina KANDOW (Indonesia) 17-21 21-16 21-16
XD WANG Yilyu-HUANG Dongping (China) mng CHAN Peng Soon-GOH Liu Ying 21-19 16-21 27-25