PUBC and Kepong BC renew rivalry in the SSPL 2018/19 final
January 25, 2019TNB MHL 2019: LISHC, PDRM-Blue Warriors Raih Kemenangan Kelima
January 26, 2019GENTING HIGHLANDS (26 Januari 2019): Kelab Badminton (BC) Petaling menebus kegagalan gagal ke final SS Purple League (SSPL) 2018/19 dengan menumpaskan Ampang Jaya BC 11-7 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat di Arena Of Stars, Resorts World Genting tadi.Kemenangan itu sedikit sebanyak menjadi pengubat Petaling BC yang tewas 7-10 kepada Puchong United BC dalam separuh akhir semalam.
Ketua jurulatih Petaling BC, Ismail Saman berkata, “Sebenarnya dari awal memang Petaling sasarkan kedudukan ketiga. Cuma kita mengharapkan dapat mara ke final namun kita tidak menggunakan peluang tersebut sepenuhnya. Apapun, kita gembira kerana ini adalah persembahan terbaik Petaling BC tahun ini.”
“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan oleh pemain. Cuma untuk musim akan datang, sedikit kelemahan dalam beregu lelaki dan beregu campuran harus diperbaiki lagi,”kata Ismail.
Jan O’ Jorgensen cemerlang meletakkan Petaling BC di depan apabila dia menang 3-1 (11-6, 11-9, 6-11, 11-7) mengatasi pemain Ampang Jaya BC dari Perancis, Brice Leverdez dalam perseorangan lelaki.
Bagaimanapun, Ampang Jaya berjaya bangkit semula dalam perseorangan wanita menerusi pemainnya, Pornpawee Chochuwong yang mengatasi Yip Pui Yin 3-1 (11-9 8-11 11-9 11-10).
Aksi semakin sengit dalam acara beregu lelaki selepas itu namun dikuasai oleh Man Wei Chong- Shia Chun Kang dari Petaling BC dengan keputusan 3-2 (11-9, 10-11, 11-6, 7-11, 11-6) mengatasi Chooi Kah Ming- Low Juan Shen. Keputusan itu membolehkan Petaling BC mendahului 7-6.
Petaling BC semakin kukuh apabila menang dalam acara beregu campuran melalui Chen Tang Jie- Peck Yen Wei yang menewaskan Chau Hoi Wah- Lukhi Apri Nugroho 3-1 (10-11, 11-4, 11-7, 11-9). Keputusan itu membolehkan Petaling BC di depan 10-7.
Cheam June Wei yang turun dalam satu lagi perseorangan lelaki selepas itu tidak menghampakan Petaling BC. Kemenangan 1-0 (11-8) yang diraihnya ke atas Tan Jia Wei sudah cukup membawa pasukannya meraih kedudukan ketiga SSPL musim ini.
Dalam pada itu, pendatang baru, Tebrau City BC boleh berbangga dengan kedudukan kelima yang diraih kelab itu apabila menewaskan Serdang BC 9-2 dalam perlawanan penentuan tempat ke-5 dan ke-6 tengah hari tadi.
Mengulas mengenai pencapaian Tebrau City musim ini, pengurusnya Lim Kenn nyata berpuas hati dan menjadikan penyertaan sulung mereka dalam saingan SS Purple League untuk meraih pengalaman.
Lim Kenn berkata, “Kami tidak menyangka berjaya menang mudah kerana semasa bertemu di peringkat pertama SSPL dulu, kami tewas kepada Serdang BC. Saya rasa kemenangan Adulrach Namkul dalam acara perseorangan lelaki yang mengatasi Leong Jun Hao adalah titik tolak kejayaan kita hari ini,”
“Ini adalah musim pertama dan banyak pembelajaran yang kami perolehi. Untuk musim depan, kami sudah tahu apa yang boleh dilakukan. Mungkin kami akan memberikan pendedahan kepada pemain tempatan dan juga pemain muda. Bukan senang untuk pemain muda memperoleh peluang bermain dalam kejohanan berpasukan dan juga secara langsung seperti ini. Kita akan berbincang dengan pengurusan pasukan untuk menentukan hala tuju musim depan,”kata Lim Kenn selepas perlawanan.
Juara SSPL 2018/19 akan menerima hadiah wang berjumlah RM520,000. Naib juara pula menerima RM265,000, ketiga RM185,000, keempat RM160,000, kelima RM130,000, keenam RM110,000, ketujuh RM70,000 dan kelapan RM60,000.
Pusingan akhir SSPL sedang berlangsung di Resorts World Genting pada 24-27 Januari 2019. Tiket untuk menyaksikan SSPL boleh didapati di venue perlawanan dan juga menerusi laman sesawang https://www.rwgenting.com/entertainment/shows/Purple-League2019/ . Bagi pusingan akhir SSPL, tiket dijual pada harga RM 55 dan RM65 untuk orang dewasa manakala RM30 bagi kanak-kanak.
Keputusan Penentuan Tempat ke-5/6 (Hari ini)
(12PM) Serdang BC 2-9 Terbrau City BC
MS1 Jun Hao LEONG kk Adulrach NAMKUL 0-3 (8-11 9-11 6-11)
WS Yawen WEI kk Ying Ying LEE 1-3 (8-11 7-11 11-8 8-11)
MD Sheng Hao LWI- Mohd Syazmil Idham ZAINAL ABIDIN kk Peeranat BOONTUN- Boonsak PONSANA 1-3 (9-11 2-11 11-7 6-11)
XD Lin LIU China- Qar Siong YAP lwn Fie Cho SOONG- Jinn Hwa TAN (Not Played)
MS2 Tze Yong NG lwn Seng Zoe YEOH (Not Played)
Keputusan Penentuan Tempat ke-3/4 (Hari ini)
(3PM) Ampang Jaya BC 7-11 Petaling BC
MS1 Brice LEVERDEZ kk Jan O’ JORGENSEN 1-3 (6-11 9-11 11-6 7-11)
WS Pornpawee CHOCHUWONG mng Pui Yin YIP 3-1 (11-9 8-11 11-9 11-10)
MD Kah Ming CHOOI- Juan Shen LOW kk Wei Chong MAN- Chun Kang SHIA 2-3 (9-11 11-10 6-11 11-7 6-11)
XD Hoi Wah CHAU- Lukhi Apri NUGROHO kk Tang Jie CHEN- Yen Wei PECK 1-3 (11-10 4-11 7-11 9-11)
MS2 Jia Wei TAN kk June Wei CHEAM 0-1 (8-11)
Jadual Perlawanan SS Purple League (Ahad, 27 Januari 2019)
AKHIR
(3PM) Kepong BC lwn Puchong United BC
About Malaysia Purple League
Founded in 2013, Malaysia Purple League is a competition platform in support of the Malaysian badminton effort by helping to develop and polish the skills of Malaysian badminton players to raise the level of competitive badminton in Malaysia. The league is an initiative that provides players of all levels, both professionals and amateurs, with an opportunity to gain invaluable competition experience, and concurrently strives to engage retired national greats to guide and inspire a new generation of champions. For more information, visit Malaysia Purple League website at http://www.purpleleague.com/