TNB LHM 2019: TNB Kekang Hasrat Maybank
January 25, 2019Kepong BC upsets AJBC for second consecutive final appearance in SSPL
January 25, 2019GENTING HIGHLANDS (25 Januari 2019): Naib Juara SS Purple League (SSPL) musim lalu, Kelab Badminton (BC) Kepong sekali lagi mengulangi pencapaian mara ke pentas final apabila mengejutkan pasukan pilihan, Ampang Jaya BC dalam separuh akhir di Arena Of Stars, Resorts World Genting tadi.Dalam aksi itu, Kepong BC yang dibimbing Mohd Zakry Abdul Latif membuat kejutan besar dengan menewaskan Ampang Jaya BC 12-8. Lebih perit buat Ampang Jaya BC, itu merupakan kekalahan pertama mereka musim ini yang juga sekaligus meranapkan impian untuk ke pentas akhir biarpun cemerlang dalam pusingan pertama SSPL sebelum ini.
Ketua jurulatih Kepong BC, Mohd Zakry Latif berkata, “Alhamdulilah saya sangat gembira kerana pemain mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk menang. Perancangan kita untuk mengambil kesempatan di atas ketiadaan beberapa pemain utama Ampang Jaya BC digunakan sebaik mungkin tadi.”
“Sebenarnya target kami memang final, apabila dah sampai ke tahap ini harapan sememangnya adalah untuk menjadi juara SSPL. Saya kagum dengan semangat pemain yang tidak pernah berputus asa dan tentulah saya harap semangat itu akan dibawa ke final Ahad ini,”ujar Zakry selepas perlawanan.
Bagi pengurus Ampang Jaya BC, Ho Khek Mong dia mengatakan tuah tidak memihak pasukannya dalam separuh akhir SSPL hari ini.
Khek Mong berkata, “Saya tidak mampu berkata apa-apa dengan kekalahan tadi kerana saya rasakan kami mempunyai peluang yang baik untuk melangkah. Pemain telah bersedia dengan sebaiknya dan begitu gigih untuk mendapatkan kemenangan.”
“Apa yang saya boleh katakan ketika ini adalah perjuangan kita belum berakhir kerana masih ada perebutan tempat ke-3 dan ke-4 esok dan perlu bersedia untuk musim akan datang. Salah satu punca kekalahan adalah ketiadaan pemain utama yang ke Indonesia Masters. Apapun, saya telah mencari pemain terbaik untuk menggantikan tempat mereka dari Perancis dan sebagainya, Cuma kami tiada tuah hari ini,” kata Khek Mong.
Dalam aksi perseorangan lelaki, pemain Kepong BC, Soong Joo Ven mengejutkan pemain baru Ampang Jaya BC yang merupakan pemain nombor satu Perancis, Brice Leverdez. Joo Ven menang 3-2 (11-5, 11-7, 6-11, 9-11, 11-8) dalam aksi yang berlangsung sengit.
Selepas itu, giliran Qin Jin Jing pula melebarkan kedudukan Kepong BC menerusi acara perseorangan wanita. Dia menang tipis 3-2 (11-8, 11-8, 4-11, 5-11, 4-2) dalam masa 30 minit mengecewakan pemain Ampang Jaya BC dari Indonesia, Hanna Ramadini.
Kepong BC terus menguasai aksi beregu lelaki selepas itu menerusi gandingan Mads Conrad Petersen- Rian Agung Saputro yang mengatasi Chooi Kah Ming- Low Juan Shen juga dengan 3-2 (11-7, 9-11, 11-7, 9-11, 5-2) dalam pertarungan sengit selama 30minit. Kemenangan itu meletakkan Kepong BC mendahului perlawanan dengan keputusan semasa 9-6.
Kejayaan Kepong BC disempurnakan oleh pasangan beregu campuran, Cheah Yee See- Ricky Karandasuwardi. Mereka menumbangkan pasangan Ampang Jaya BC, Chau Hoi Wah- Lukhi Apri Nugroho 3-2 (11-9, 8-11, 11-6, 9-11, 11-9). Keputusan itu menjadikan Kepong BC menang 12-8 sekaligus menempah tiket ke final.
Kepong BC yang sudah ke final SSPL 2018/19 kini sedang menanti satu lagi pemenang peringkat separuh akhir sama ada Puchong United atau Petaling BC yang turun beraksi malam ini.
Pusingan akhir SSPL sedang berlangsung di Resorts World Genting pada 24-27 Januari 2019. Tiket untuk menyaksikan SSPL boleh didapati di venue perlawanan dan juga menerusi laman sesawang https://www.rwgenting.com/entertainment/shows/Purple-League2019/ . Bagi pusingan akhir SSPL, tiket dijual pada harga RM 55 dan RM65 untuk orang dewasa manakala RM30 bagi kanak-kanak.
Keputusan Separuh Akhir SS Purple League 2018/19 (Pusingan Akhir)
(4pm) Ampang Jaya BC 8-12 Kepong BC
MS1 Brice LEVERDEZ kk Joo Ven SOONG 2-3 (5-11 7-11 11-6 11-9 8-11)
WS Hanna RAMADINI kk Jin Jing QIN 2-3 (8-11 8-11 11-4 11-5 2-4)
MD Kah Ming CHOOI- Juan Shen LOW kk Mads Conrad PETERSEN- Rian Agung SAPUTRO 2-3 (7-11 11-9 7-11 11-9 2-5)
XD Hoi Wah CHAU- Lukhi Apri NUGROHO kk Yee See CHEAH- Ricky KARANDASUWARDI 2-3 (9-11 11-8 6-11 11-9 9-11)
MS2 Jia Wei TAN lwn Chi Wing LIM (Not Played)
(Berlangsung 8pm) Petaling BC lwn Puchong United BC
MS1 Jan O’ JORGENSEN lwn Daren LIEW
WS Pui Yin YIP lwn Xuan DENG
MD Wei Chong MAN- Chun Kang SHIA lwn Sa Rang KIM- Boon Heong TAN
XD Tang Jie CHEN- Yen Wei PECK lwn Hyewon EOM- Hee Chun MAK
MS2 June Wei CHEAM lwn Cheuk Yiu LEE
About Malaysia Purple League
Founded in 2013, Malaysia Purple League is a competition platform in support of the Malaysian badminton effort by helping to develop and polish the skills of Malaysian badminton players to raise the level of competitive badminton in Malaysia. The league is an initiative that provides players of all levels, both professionals and amateurs, with an opportunity to gain invaluable competition experience, and concurrently strives to engage retired national greats to guide and inspire a new generation of champions. For more information, visit Malaysia Purple League website at http://www.purpleleague.com/