TCBC breathe new life into their SSPL 2018/19 campaign
January 12, 2019BMBC aims to bounce back next season in SSPL
January 12, 2019Selepas tamat dua perlawanan TNB Liga Hoki Malaysia (Wanita) 2019, PKS United terus kekal berada di tangga teratas liga apabila cemerlang mengumpul enam mata hasil kemenangan 1-0 ke atas PDRM-Blue Warriors pada aksi terbaru mereka hari ini di Stadium Hoki Tun Razak.Bagaimanapun PKS United kini diekori rapat oleh Terengganu Ladies (TLHT) dan kelab dari China, Liaoning Infinite Space Hc (LISHC) yang berada di kedudukan kedua dan ketiga liga hasil kutipan tiga mata dan kedua-dua pasukan ini baru mengharungi satu perlawanan.
Pada aksi yang menemukan PKS Uniten dan PDRM-Blue Warrios hari ini, PKS United yang dihidangkan dengan beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol buntu untuk mencari penyudahan yang tepat termasuk kelebihan pukulan sudut penalti tidak berjaya diterjemahkan dengan sempurna.
Namun, lima minit sebelum perlawanan ditamatkan, PKS United yang sekali lagi memiliki pukulan sudut penalti kali ini berjaya untuk menggunakan kelebihan tersebut dengan Nuraini Abdul Rashid menjaringkan gol tunggal PKS United untuk mereka pulang dengan tiga mata yang cukup berharga.
Bagi pengendali PKS United, Lailin Abu Hassan, beliau masih melihat ada beberapa kelemahan yang perlu diatasi oleh anak-anak buahnya termasuk dalam menterjemahkan kelebihan pukulan sudut penalti kepada jaringan.
“Satu kemenangan yang cukup berharga untuk kami dan saya berterima kasih kepada komitmen yang cukup tinggi yang telah ditunjukkan oleh pemain-pemain dengan satu tentangan yang cukup hebat juga telah diberikan oleh lawan kami.
“Kami memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol terutamanya menerusi pukulan sudut penalti namun ada beberapa kelemahan yang saya dapat lihat dalam usaha untuk menukar peluang tersebut kepada jaringan.
“Bagaimanapun saya bersyukur di penghujung perlawanan, Nuraini akhirnya menemui sentuhan jaringan menerusi pukulan sudut penalti dan kami berjaya untuk pulang dengan tiga mata yang sangat berharga,” jelasnya.
Dalam dua lagi aksi yang berlangsung hari ini menyaksikan kelab yang berpengkalan di China, LISHC turut membawa pulang tiga mata pertama mereka selepas menjinakkan KL Wipers 4-0 hasil empat jaringan padang masing-masing menerusi Sui Qiaomeng (m’7 dan 39’), Sun Yuyuan (m’29), dan Liu Xinyu (m’55).
Sementara dalam satu lagi pertemuan, Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI) menewaskan PSHA-MSSPP 4-0 menerusi gol pukulan sudut penalti Khairunnisa Ayuni Mohd Shahrudin pada minit kelima serta jaringan padang yang disumbangkan oleh Nur Hafizah Maznan pada minit ke-21 dan dua lagi gol menerusi Wan Norfatihah Mohd Saiuti pada minit ke-29 dan 30.
Saingan wanita akan terus bersambung pada Isnin (12.Jan.19) pada jam 5.00 petang dengan TLHT akan berdepan PSHA-MSSPP di Stadium Hoki Batu Buruk, SSTMI akan bertemu PDRM-Blue Warriors di Padang Hoki SSTMI serta PKS Uniten akan turun menentang LISHC di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.