Six teams battle it out in Stage 2 SSPL 2018/19
January 11, 2019TNB MHL 2019 : PKS Uniten, TLHT dan Blue Warriors Raih Tiga Mata Pertama
January 11, 2019KUALA TERENGGANU (10 JANUARI 2019) : TNB Liga Hoki Malaysia, saingan Liga Perdana akan membuka tirai secara rasminya esok dengan perlawanan bagi merebut Piala Sumbangsih akan menemukan Kelab Hoki Terengganu (THT) dan UniKL di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu.Beraksi di laman sendiri pastinya menjadi kelebihan buat THT dan pengendali mereka, I.Vikneswaran mahu kelebihan tersebut digunakan dengan sebaiknya oleh barisan pemainnya dengan memberikan persembahan serta tentangan terbaik walaupun menyedari pasukan lawan mereka diperkuatkan dengan pemain utama kebangsaan serta barisan pemain import ternama.
“UniKL mempunyai pemain yang hebat dan kami menyedari kekuatan yang dimiliki oleh mereka serta mereka turut mempunyai penjaga gol yang terbaik iaitu David John Harte dan apa yang boleh saya katakan UniKL merupakan pasukan yang lengkap serta merupakan pasukan pilihan.
“Bagaimanapun THT mempunyai rencana tersendiri untuk menghadapi mereka dan saya percaya dengan kemampuan yang dimiliki oleh pemain-pemain saya untuk memberikan saingan yang terbaik.
“Beraksi di laman sendiri sememangnya merupakan satu kelebihan buat THT dan di tambah dengan sokongan yang diberikan oleh penyokong tempatan, saya berharap ia akan dapat menaikkan semangat pemain untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan selain menampilkan corak permainan yang cemerlang,” jelas Vikneswaran.
Dalam pada THT sedang bersedia mengatur rencana untuk menghadapi UniKL, masalah kecederaan pemain dilihat menjadi cabaran utama buat Vikneswaran untuk memastikan skuad bimbingannya tidak terkesan dengan situasi tersebut.
“Sebelum liga bermula kami sudah berdepan dengan masalah seorang pemain iaitu Muhammad Firdaus Omar patah jari dan kami kini masih tidak pasti dengan kedudukan Firdaus adakah dapat meneruskan saingan liga atau kami mungkin akan kehilangan khidmatnya.
“Selain dari itu ada beberapa pemain turut mengalami kecederaan namun tidak begitu serius dan apa jua keadaan yang menimpa pasukan ketika ini kami akan memastikan persembahan yang terbaik akan ditampilkan esok,” tambah Vikneswaran lagi.
Selain perebutan Piala Sumbangsih antara THT dan UniKL, dua lagi perlawanan akan turut berlangsung esok di mana pada jam 6.00 petang, TNB akan bertemu UITM serta pada jam 8.00 malam Maybank akan berdepan Nurinsafi/Kedah Hockey dan kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Padang 1.