All to play for as SSPL 2018/19 Stage 1 goes down the wire
January 4, 2019Piala Tan Sri P Alagendra: TNB JUARA
January 7, 2019BUKIT JALIL (4 JANUARI 2019) : Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kelab Hoki Terengganu (THT) akan membuat perhitungan di pentas final bagi merebut Piala Tan Sri P Alagendra 2019 pada Ahad ini selepas masing-masing cemerlang menjinakkan lawan mereka di saingan separuh akhir yang berlangsung hari ini di padang 1, Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.TNB yang turun dengan kekuatan penuh menewaskan UniKL 3-0 sementara THT tidak berdepan sebarang masalah untuk turut memastikan slot di final menjadi milik mereka apabila menundukkan Maybank 4-1.
Terdahulu pertemuan di antara TNB dan UniKL berlangsung rancak apabila kedua-dua pasukan saling melakukan serangan di kubu lawan masing-masing namun TNB bijak untuk menggunakan kesempatan pukulan sudut penalti yang dimiliki pada minit ke-24 dan Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan tidak mempersiakan kelebihan yang dimiliki mereka.
TNB terus menggandakan jaringan pada minit ke-26 apabila Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal menjaringkan gol menerusi gerakan padang dan jaringan yang memuktamatkan kemenangan buat TNB hadir pada minit ke-32 apabila Firhan Ashaari turut menjaringkan gol padang dan kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
Pengendali TNB, Nor Saiful Zaini Nasiruddin menjelaskan pemainnya bijak untuk menggunakan kekurangan yang dimiliki UniKL iaitu ketiadaan beberapa pemain import yang masih belum tiba untuk menewaskan lawan mereka itu selain berpuas hati apabila anak-anak buahnya berjaya menjaringkan tiga gol tanpa sebarang bolos.
“Saya boleh katakan kami bernasib baik kerana UniKL tidak turun dengan kekuatan penuh kerana beberapa pemain import mereka masih belum tiba tetapi TNB bijak untuk menggunakan kesempatan tersebut menewaskan mereka 3-0.
“Perlawanan hari ini kami mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol dan berjaya untuk menterjemahkan tiga daripada beberapa percubaan yang dimiliki yang mana ianya cukup untuk membawa kami keluar sebagai pemenang.
“Selain itu barisan pertahanan serta penjaga gol kami, S. Kumar beraksi cemerlang menidakkan percubaan-percubaan UniKL dan ini merupakan satu permulaan yang baik buat TNB bagi musim ini.
“Misi kami seterusnya adalah untuk menghasilkan satu lagi keputusan positif iaitu cuba untuk memenangi perlawanan akhir di mana sekaligus mengangkat piala pertama untuk musim ini,” jelas Nor Saiful.
Sementara pertemuan antara THT dan Maybank pula menyaksikan THT memastikan slot di pentas akhir menjadi milik mereka selepas membenam cabaran Maybank 4-1.
THT membuka tirai jaringan seawal minit keempat apabila kelebihan pukulan sudut penalti disudahkan dengan cemerlang oleh Jang Jonghyun dan berselang empat minit kemudian THT yang sekali lagi memiliki kelebihan pukulan sudut penalti kali ini melebarkan sayap kedudukan menerusi penyudahan Muhammad Firdaus Omar.
Minit ke-19 giliran Pablo Javier Travisan untuk merubah kedudukan menjadi 3-0 apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti seterusnya yang dimiliki mereka dan Maybank dilihat cuba untuk mengecilkan jurang apabila Mohd Riduan Mohamad Nasir menjaringkan gol padang pada minit ke-23 untuk kedudukan berubah 1-3.
Bagaimanapun THT terus menambah satu lagi jaringan kali ini menerusi gerakan padang Nabil Fiqri Mohd Noor pada minit ke-53 yang mana jaringan tersebut sekaligus menutup pertemuan tersebut dengan kemenangan 4-1 berpihak kepada THT.
THT dan TNB akan bertemu di pentas final yang akan berlangsung pada Ahad ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Padang 1.
Jadual perlawanan akhir (Ahad, 6 Januari 2019)
1700, TNB lawan THT
Perlawanan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Padang 1.