PUBC ends 2018 with a bang, goes top of SSPL 2018/19
December 31, 2018PUBC continued where they left off, super six for AJBC in SSPL 2018/19
January 3, 2019BUKIT JALIL (3 JANUARI 2019) : Tiga slot separuh akhir Piala Tan Sri P. Alagendra 2019 akhirnya diisi oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Terengganu Hockey Team (THT) dan Maybank selepas masing-masing meraih kemenangan pada perlawanan pusingan kalah mati yang berlangsung hari ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sementara Tenaga Nasional Berhad (TNB) terlebih dahulu melangkah ke separuh akhir apabila mendapat kelebihan ketika sesi undian dilakukan sebelum ini.Maybank melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Universiti Teknologi Mara (UITM) 2-1 dalam penentuan shoot-out ketika aksi sebenar terikat 1-1 sementara UniKL tidak berdepan masalah untuk menewaskan TNB Thunderbolts 4-1 dan THT mencatat kemenangan 3-1 keatas Nurinsafi.
Terdahulu kemenangan 4-1 UniKL keatas TNB Thunderbolts hari ini berpunca daripada dua jaringan padang yang masing-masing dijaringkan oleh Muhammad Farhan Mohamad Zain dan Muhamad Hafiz Zainol pada minit ke-10 dan 28 selain dua lagi gol terhasil menerusi pukulan sudut penalti yang disudahkan oleh Muhammad Najmi Farizal Jazlan pada minit ketujuh dan Muhammad Razie Abd Rahim pada minit ke-28 sementara TNB Thunderbolts memperolehi gol saguhati menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Muhamad Aminudin Mohd Zain pada minit ke-54.
Kejayaan UniKL melangkah ke separuh akhir menyaksikan mereka akan berdepan pasukan bimbingan Nor Saiful Zaini Nasiruddin, iaitu TNB esok dan pengendali UniKL, Arul Selvaraj menjelaskan dia mahu pemainnya bermain dengan bijak ketika bertemu dengan pasukan yang rata-rata dibarisi oleh pemain kebangsaan itu.
“Apa yang penting buat kami adalah kemenangan pertama kami untuk musim ini selain tiada kecederaan serius yang dialami oleh pemain-pemain.
“Saya pasti TNB akan turut dengan kekuatan penuh esok selain rata-rata pemain mereka merupakan pemain kebangsaan sedangkan kami kekurangan pemain kerana lima pemain import masih belum sampai.
“Jadi apa yang perlu kami lakukan esok adalah bermain hoki dengan bijak,” jelas Arul.
Dalam pada itu THT yang akan bertemu Maybank dalam aksi separuh akhir esok terlebih dahulu berjaya mencatatkan kemenangan 3-1 ketika bertemu Nurinsafi hari ini.
Minit ke-13 penyerang import THT, Jang Jonghyun membuka tirai jaringan menerusi pukulan sudut penalti dan minit ke-26 penyerang sensasi negara Faizal Saari melebarkan sayap kedudukan buat THT untuk kedudukan menjadi 2-0.
Bagaimanapun minit ke-42, Baljit Singh a/l Sarjab cuba untuk merapatkan kedudukan buat Nurinsafi menerusi jaringan pukulan sudut penaltinya untuk kedudukan berubah 1-2 tetapi Faizal Saari sekali lagi meledak gol buat THT apabila bijak menjaringkan gol menerusi gerakan padang pada minit ke-58 untuk kedudukan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
Jadual perlawanan separuh akhir (Jumaat, 4 Januari 2019)
1700, UniKL lawan TNB
1900, THT lawan Maybank
**Kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Padang 1.