Chelsea FC Legend and Yokohama Ambassador, Didier Drogba, To Visit Kuala Lumpur
November 28, 2018Malaysia And Pakistan Draw 1-1
December 5, 2018Aksi pembukaan bagi kumpulan D di Kejohanan Odisha Hoki Piala Dunia 2018 Bhubaneswar India yang menemukan skuad negara dengan Netherland di Stadium Kalinga hari ini menyaksikan skuad bimbingan Roelant Oltmans terpaksa akur tewas 0-7 kepada pasukan yang berada di ranking keempat dunia itu.Malaysian Tigers yang berkedudukan di ranking ke-12 turun sekalu pasukan “underdog” dilihat berusaha untuk cuba memberikan persaingan yang terbaik kepada lawan mereka selain semangat tidak menyerah kalah juga dapat dilihat pada aksi pertama itu sambil pujian perlu diberikan kepada penjaga gol negara, S. Kumar yang cemerlang menidakkan beberapa percubaan bahaya lawan sambil dibantu oleh barisan pertahanan negara.
Pengendali negara, Roelant Oltmans bagaimanapun mengakui bahawa anak-anak buahnya melakukan kesilapan apabila melepaskan gol mudah sambil begelut untuk terus menggandakan asakan ke kubu lawan.
“Secara jujur Netherland beraksi dengan sangat baik tetapi dua gol mudah yang dilepaskan pada separuh masa pertama nyata memberikan kesan kepada kami.
“Bukan mudah untuk bertemu dengan pasukan yang berada dikedudukan ranking yang lebih tinggi dan kita tidak boleh memandang mudah aksi tersebut sambil mengharapkan untuk mendapatkan keputusan yang baik.
“Bagaimanapun ia satu pembelajaran yang cukup baik kepada pemain dan aksi hari ini juga menunjukkan perbezaan yang tinggi buat kedua-dua pasukan.
“Kami perlu berusaha lebih keras dalam aksi seterusnya jika mahu melangkah lebih jauh dalam kejohanan ini,” jelasnya.
Malaysia berjaya untuk mengimbangi perlawanan pada awal perlawanan apabila mengekang dua pukulan sudut penalti lawan pada minit ke-10 dan ke-11.
Tetapi serangan pantas yang dilakukan oleh Netherlands pada minit ke-12 menyaksikan mereka berjaya membuka tirai jaringan menerusi gol padang Jeroen Hertzberger.
Suku kedua menyaksikan Malaysian Tigers cuba untuk bermain dengan corak bertahan dan Kumar berjaya untuk menyekat tiga pukulan sudut penalti berturut-turut Netherland namun akur bolos pada minit ke-21 apabila Mirco Pruijser menjaringkan gol kedua.
Netherland dilihat terus menguasai perlawanan apabila minit ke-29 Hertzberger sekali lagi menyaringkan gol untuk aksi separuh masa pertama berpihak 3-0 kepada mereka.
Bersambung suku ketiga, Netherland dihadiahkan dengan pukulan sudut penalti ketujuh pada minit ke-35 dan kali ini giliran Mink van der Weerden mencatat nama selaku penjaring dan pasukan lawan dilihat terus meningkatkan tempoh permainan mereka dan tujuh minit kemudian, Robert Kemperman terus melebarkan kedudukan jaringan menjadi 5-0.
Netherland meledak dua lagi gol pada tiga minit terakhir perlawanan apabila Thierry Brinkmann dan Hertzberger meledakkan gol masing-masing pada minit ke-57 dan 60 yang juga menyaksikan Hertzberger melakar hatrik pada aksi pembukaan.
Malaysia akan turun untuk pertemuan kedua Kumpulan D pada Rabu, 5 Disember 2018 bertemu Pakistan pada jam 9.30 malam waktu Malaysia.