PLJ 2018: Bukit Cheras BC aim to keep winning momentum
October 25, 2018Trofi Juara-Juara Asia: Malaysia Tewas 0-1 Kepada Pakistan
October 26, 2018KUALA LUMPUR (25 OKTOBER 2018) : TNB Piala Tun Abdul Razak 2018 lelaki dan wanita secara rasminya akan membuka tirai esok (26 Oktober) hingga 3 November 2018 dengan menyaksikan 12 pasukan bagi kategori lelaki dan sembilan pasukan bagi kategori wanita akan mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu.Bagi kategori lelaki, Perak, Terengganu, Melaka, Kuala Lumpur, Penang dan Johor akan bersaing dalam
divisyen satu sementara Selangor, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pahang, Singapura, Kelantan dan
Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di divisyen dua.
Bagi kategori wanita pula, kumpulan A dihuni oleh Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, PDRM dan Singapura sementara Pahang, ATM, Terangganu dan Pulau Pinang dalam kumpulan B.
Kapten Juara Bertahan, Perak, Shazril Irwan Nazli percaya pasukannya mempunyai potensi untuk
mempertahankan kejuaraan yang dimiliki tahun lalu walaupun merasai ketiadaan beberapa pemain
kebangsaan yang kini menggalas tugas di Trofi Juara-Juara Asia 2018 Oman dan optimis pemain yang sedia ada akan menggalas tugas dengan baik bagi mempertahankan gelaran juara tersebut.
“Ramai pemain kelahiran Perak bersama pasukan kebangsaan seperti Mohamad Sukri Abdul Mutalib,
Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan, Meor Muhamad Azuan Hassan dan Muhammad Najib Abu Hassan
dan kami sememangnya merasai kehilangan mereka.
“Tetapi dengan kehadiran pemain berpengalaman seperti Azlan Misron, Izad Hakimi Jamaluddin, Roslan
Jamaluddin selaku penjaga gol serta Hafifi Hafiz Hanafi saya melihat peluang untuk kami mempertahankan kejuaraan masih ada.
“Dengan gabungan pemain senior serta pemain bawah 21 tahun yang mempunyai kualiti terbaik kami
mempunyai keyakinan bahawa kami mampu untuk mempertahankan kejuaraan tersebut untuk edisi kali
ini,” jelas Shazril.
Sementara bagi Nurul Safiqah Mat Isa yang merupakan kapten juara kategori wanita tahun lalu Selangor,
walaupun pada tahun ini mereka akan menampilkan barisan pemain semuda usia 15 tahun tetapi dia
tetap percaya kombinasi pemain senior dan junior akan membantu mereka mempertahankan kejuaraan
yang dimiliki jika setiap pemain melakukan tugas dengan sempurna serta mengikut perancangan yang
diterapkan oleh jurulatih.
“Pada saya kombinasi pemain junior dan senior adalah satu kombinasi yang baik kerana kami dapat
menggunakan tenaga pemain baru serta berpengalaman dan pengalaman yang dimiliki oleh pemain
senior boleh dikongsikan kepada pemain junior untuk kami membentuk satu pasukan yang kuat.
“Jika kami beraksi sebagai satu pasukan dengan memahami taktikal yang coach serapkan dan melakukan
tugas masing-masing dengan baik di dalam padang serta mengambil satu perlawanan demi satu
perlawanan, InsyaAllah kami boleh mendapatkan kemenangan.
“Kami juga tidak akan memandang mana-mana pasukan sebagai terlalu hebat atau lemah kerana bila di
atas padang permainan pada ketika itu menjadi penentu dan siapa yang menjaringkan gol dia yang akan
keluar sebagai pemenang,” ujar Safiqah.